Categories: Trending

Semua Pawagam Dibuka Semula Bermula Esok

Akhirnya semua pengusaha pawagam di negara ini menarik nafas lega apabila premis masing-masing dibenarkan beroperasi mulai esok.

 

Persatuan Pemamer Filem Malaysia (MAFE) sebelum ini terpaksa menghentikan sementara operasi pawagam di seluruh negara, sejak November lalu selepas peningkatan kes Covid-19 dalam kalangan masyarakat di Malaysia.

 

Terdahulu, sektor panggung ini dikhabarkan mengalami kerugian teruk sehingga 90 peratus dan mengalami kemerosotan pendapatan bernilai lebih RM 500 juta.

 

Sumber : Google

Menurut Pengurus Perhubungan Awam dan Jenama Golden Screen Cinema (GSC), Sharmine Ishak, berkata syarikat berterima kasih kepada kerajaan kerana membenarkan semula pawagam beroperasi sepenuhnya.

 

“Kami berharap dengan penurunan angka jangkitan dan suntikan vaksin yang mula diberi kepada rakyat, pawagam dapat beroperasi sepenuhnya.
“Secara tidak langsung, ini dapat membantu pengusaha panggung wayang memulihkan perniagaan yang terjejas teruk sejak tahun lalu. Dan, kami  juga akan menyajikan pelbagai filem menarik khusus untuk pencinta filem yang rindu suasana dalam pawagam” katanya.

 

Oleh  itu, masyarakat diingatkan agar pematuhan operasi standard (SOP) sentiasa menjadi keutamaan terutamanya dalam memutuskan penularan dan peningkatan kes Covid-19 di Malaysia.

 

 

Sumber : BH

Salma Syahbuddin