Categories: Trending

Individu Potong Giliran Terima Vaksin Berdepan Kompaun RM50,000

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba memaklumkan, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) boleh menggunakan Seksyen 31 yang memberi puncakuasa untuk pengenaan penalti mengikut Akta 342 bagi mana-mana kesalahan yang tidak dinyatakan dalam akta berkenaan.

 

Ianya susulan  penguatkuasaan Ordinan Darurat (Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit) (Pindaan) 2021 yang berkuatkuasa pada 11 Mac ini, yang turut menyertakan 10 peruntukan, termasuk lima peruntukan baharu dan lima peruntukan sedia ada dalam Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).

 

Ini kerana, mana-mana individu yang didapati memotong barisan atau melompat giliran bagi mendapatkan vaksin berdepan penalti denda tidak lebih RM50,000 atau hukuman penjara sehingga enam bulan, atau kedua-duanya sekali.

 

“Perbuatan yang melanggar peraturan-peraturan dalam Akta 342 menjadi suatu kesalahan dan boleh dikenakan penalti denda tidak melebihi RM50,000 atau hukuman penjara selama tempoh tidak melebihi enam bulan, atau kedua-duanya sekali.”Katanya.

Dr Adham juga menegaskan, tindakan itu boleh dikeluarkan dengan arahan Ketua Pengarah Kesihatan.

 

 

Salma Syahbuddin