Categories: Trending

#PRU14 : Al-Fatihah, Meninggal Dunia Sewaktu Mengundi

Tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia untuk mengundi berkobar-kobar dalam diri masing-masing. Beratur panjang di tempat pengundian jangan lupa bawa payung atau kipas tangan untuk mengelak cuaca panas.

Terkini, seorang wanita yang berusia 54 tahun jatuh pengsan semasa sedang beratur untuk mengundi . Kejadian berlaku pada 9.05 pagi pusat mengundi di Sekolah Menengah Kebangsaan Pulau Serai, Dungun, Terengganu.

Pasukan perubatan yang berada di tempat kejadian telah mencuba untuk menyelamatkan tetapi tidak berjaya dan disahkan meninggal dunia. 

Kejadian ini juga telah disahkan oleh Ketua Polis Terengganu, Datuk Aidi Ismail dimana wanita berkenaan telah disahkan oleh keluarganya sendiri beliau menghidap penyakit darah tinggi. 
 
Salam takziah dan Al-Fatihah dari kami 

Credit : Malaysia 1 News IG

SGMS Enal