Categories: Trending

#PRU14 : Salam Takziah Kes Kedua Untuk Hari Mengundi 9.5.18

Kalau sebelum ini kes pertama di Dungun Terengganu, kali ini pula di Petaling Jaya, Selangor.

Seorang warga emas yang sedang beratur menunggu giliran  membuang undi tiba-tiba jatuh dan meninggal dunia.

Lor Voon Chor, 78, berada di pusat pengundian SMK (P) Taman Petaling sebelum dia pengsan sekitar pukul 9.30 pagi.

Lor, yang menggunakan tongkat berjalan kaki, ditemani isteri dan anaknya ke tempat mengundi.

“Seorang anggota polis di tempat kejadian memanggil 999 untuk bantuan dan pasukan perubatan tiba dari Pusat Perubatan Universiti Malaya.

“Isteri dan anak-anak si mati memberitahu, beliau menderita masalah jantung dan paru-paru dan juga diabetes,” kata Ketua Polis Petaling Jaya Asisten Komisioner Mohd Zani Che Din.

Salam takziah untuk keluarga

SGMS Enal