Selebriti Kongsi Gambar Jalankan Tanggungjawab Undi PRU14

Seperti rakyat Malaysia yang lain, para selebriti tidak terlepas daripada menunaikan tanggungjawab mereka dengan keluar mengundi sempena Pilihan Raya Umum ke 14 (PRU14).

Rata-rata selebriti berkongsikan gambar di laman Instagram menunjukkan mereka sedang beratur di kawasan sekolah serta jari bercalit dakwat kekal sebagai simbolik sudah membuang undi di tempat masing-masing.

Antara yang sudah menjalankan tanggungjawab mereka seperti penyanyi no.1 negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza yang mengundi di Alam Damai, Cheras.

Pelakon jelita Datin Diana Danielle pula mengundi di Pulau Pinang manakala suaminya, Datuk Farid Kamil di Alor Setar, Kedah.

Pasangan suami isteri, Zahiril Adzim dan Shera Aiyob pula terpaksa ‘berpisah’ seketika apabila Shera mengundi di kampung halamannya di Ipoh, Perak manakala Zahiril pula mengundi di ibu kota.

Aktres cantik, Scha Al-Yahya pula memuat naik dua keping gambarnya ketika mengundi pada lima tahun lalu dan sekarang.

Mengundi di Sekolah Kebangsaan Seri Hartamas, Kuala Lumpur, ibu Lara Alana teruja menunjukkan dakwat di jari telunjuk kiri sebagai isyarat sudah menjalankan hak dan tanggungjawab sebagai seorang rakyat Malaysia.

SGMS Enal