Categories: Trending

‘Publicity Is His Friend’, Kenapa Lelaki Ini Label Aliff Syukri Sebagai Dramatik?

Gara-gara mengeluarkan perkataan yang berbaur hinaan di sebuah program realiti baru-baru ini, jutawan kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri terus dikecam di media sosial.

Biarpun sudah membuat permohonan maaf secara langsung dan memberi penjelasan di laman Instagram, netizen masih membahaskan isu ini.

Insiden ini membuatkan seorang pembantu psikologi, Aiman Amri memberi pendapat berhubung isu ini.

” Aku bukan nak menyebelahi dia, just sekadar pemerhati dan analisa,” katanya. 

Aiman berpendapat jutawan kosmetik ini dikategori dalam golongan yang Dramatik. Sebab apa? Dia suka WOW dalam semua benda.

” Aliff Syukri pernah kata dia disleksia, maksudnya special needs seseorang yang ada masalah membaca, mengira dan otak tak boleh proses visuo-spatial coordination. Senang faham, kau baling bola kat orang disleksia, dorang susah nak tangkap.

Aliff juga berdepan dengan masalah high impulsivity di mana cepat melatah, tenaga luar biasa dan tiada butang ‘pause’.

” Dia terlalu cepat bertindak tanpa fikir dulu ibarat kereta yang laju tanpa brek,” katanya.

Aiman juga memaklumkan niatnya memuatnaik thread ini  bukan untuk menyebelahi Aliff tetapi dia turut bersimpati dengan keadaan ini.

” Jika anda tanya saya, saya lebih sanggup hidup sederhana di mana kehidupan lebih bahagia dan gembira dengan yang tersayang.

Terdapat dua faktor jutawan itu bertindak demikian sama ada dia memiliki personaliti dramatik, impulsif tinggi atau berdepan masalah depresi.

” Atau perniagaan dia berdeban cabaran dan dia sedang membuat cheap marketing (time tu dia promote produk kan).

” Anda tentukan yang mana satu,” tulisnya sambil disertakan tanda suka di akhir ayat. 

Sekali lagi Aiman menegaskan kenyataan di atas bukan untuk menyebelahi Aliff Syukri kerana ia dibuat berdasarkan pemerhatian di media sosial dan berita atas talian

SGMS Faida