Categories: FeaturedSihat

4 Perkara Yang Menunjukkan ‘Period Pain’ Anda Tidak Normal

Adakah tiap kali datang haid, anda selalu diserang ‘period pain‘ atau senggugut? Jika ya, adakah ianya sakit yang teruk atau tidak? 

Tahukah anda bahawa, tanpa anda sedar sakit yang anda alami setiap kali datang haid rupanya tanda-tanda berkemungkinan kita mengalami sakit dalaman yang lebih serius.

Mungkin realitinya seperti normal tapi ia secara perlahan-lahan boleh menjejaskan kesihatan anda. Jadi, penulis senaraikan 4 tanda period pain yang tak normal.

1. Terpaksa cuti kerja berhari-hari

Kadang-kadang apabila period pain menyerang, anda terpaksa cuti sakit kerana tak mampu untuk menahan kekejangan yang berlaku pada bahagian perut. Lebih menakutkan jika anda meringkuk sakit semala 2 atau 3 hari lebih! Gejala ini antara tanda serius yang boleh berlaku sekiranya tidak dirawat.

2. Ambil ubat pun tak berkesan

Mungkin ada sesetengah daripada anda yang akan merasa lega selepas mengambil ubat tahan sakit, namun ada juga yang tidak! Bagi mengelakkan rasa sakit yang berpanjangan, ada wanita sanggup menelan pil tahan sakit lebih daripada dos yang diperlukan.

Tabiat ini cenderung untuk memberi risiko pada masalah kesihatan yang lain. Jadinya, sangat tak normal tiap kali anda diserang period pain, anda ‘wajib’ makan pil tahan sakit!

3. Sakit pada pelvis sebelum haid

Biasanya, anda akan rasa sakit pada pinggang dan pelvis beberapa hari sebelum. Namun, jika ia berterusan sakit sepanjang tempoh haid, itu mungkin tanda yang tidak normal. Malah, wanita yang mengalami sakit pelvis semasa melakukan seks mungkin akan mengalami sakit kejang yang serius ketika haid.

4. Ada simptom lain

Simpton yang lain boleh terjadi adalah seperti darah haid yang banyak, kitaran yang tidak menentu, sukar untuk hamil, turut mengalami cirit-birit atau mual sepanjang haid.

Anda pernah mengalami tanda-tanda di atas setiap kali datang haid? Segeralah berjumpa doktor!

Semoga bermanfaat!

Sumber: Verywellfamily

tex_admin