SAH! Frozen 2 Ditayang 22 November 2019

Berikutan kejayaan dicatatkan filem animasi popular Frozen, firma Walt Disney Co. (Walt Disney) mengumumkan Frozen 2 bakal ditayangkan bermula 22 November 2019.

Menurut Comicbook, mengikut rancangan awal, Frozen 2 sepatutnya ditayang pada 29 November namun diawalkan tujuh hari.

Pengarah Kreatif Disney, John Lasseter memaklumkan pengarah Jennifer Lee dan Chris Buck akan kembali bergabung untuk Frozen 2.

Paling penting, khidmat suara Josh Gad masih digunakan bagi watak Olaf. Yeay!

Filem Frozen mencatat sejarah tersendiri apabila memenangi kategori filem Animasi Terbaik 2015.

Dalam masa sama, filem ini berjaya meraih kutipan sebanyak AS$1.3 billion (RM3.6 bilion) di seluruh dunia, sekali gus menewaskan filem animasi klasik, The Lion King.

Bukan itu saja, soundtrack berjudul Let It Go juga memenangi Anugerah Academy dan menjuarai Billboard 200 selama beberapa minggu.

Korang juga mesti dah tak sabar kan? 

SGMS Faida