Categories: FeaturedOh Lawa

Bercuti Tanpa Giant Over-Sized Sun Hat Ini, Bermakna Anda Belum Cukup Fashionista!

Nampaknya giant over-sized sun hat ini semakin menjadi kegilaan di kalangan selebriti Malaysia.

Selepas fashionista Datin Ezurin Khyra, Erma Fatima dan Neelofa, terbaru pemilik gaya classy, Fyza Kadir, pula tampil dengan gaya sedemikian.

Foto: Instagramm Neelofa (sewaktu percutian di Maldives baru-baru ini).

Untuk pengetahun umum, stail topi giantic itu diperkenalkan oleh pereka fesyen Perancis, Simon Porte Jacquemus pada 2017.

Sejak dari itu, ramai selebriti dan orang ternama dilihat menggayakan topi bersaiz besar yang diberi nama Le Grand Chapeau Bomba itu.

Supermodel terkenal dunia, Bella Hadid, pernah muat naik sekeping gambar yang super hot sedang berjemur di tepi pantai hanya memakai g-string sambil menggayakan topi bersaiz sama.

Paling win tentunya pelakon kelahiran Denmark iaitu Emma Leth, kerana telah memberi nafas baru dalam persalinan pengantin apabila memilih untuk memperagakan topi bersaiz XXL menggantikan veil pada hari perkahwinannya.

Selain Bella Hadid dan Emma Leth, pelakon Emily Ratajkowski dan Megan Pormer juga pernah menggayakan trend serupa.

Melihatkan pada trend ini, tidak mustahil ia akan berkembang dalam kalangan penggemar fesyen, sama seperti penny pack yang dianggap hodoh suatu ketika dahulu dijadikan sebagai aksesori pelengkap gaya pada zaman sekarang.

Di atas kertas, harga Le Grand Chapeau Bomba dijual pada harga AS$420 (RM1,751) untuk saiz kecil dan AS$680 (RM2,835) untuk saiz besar.

Foto: The Daily Edge (Bella Hadid)

Foto: Vogue ( Emily Ratajkowski)

Foto: News.com (Emma Leth)

Yanie Baharom