Trending By: SGMS Enal August 8, 2019 @ 1:52pm

Punca Kemalangan Ambulans, Pemandu Dan Pesakit Maut

Pagi tadi kita dikejutkan dengan perkhabaran duka di mana seorang pemandu ambulans dan pesakit wanita maut selepas terlibat dalam kemalangan di Km 368.4 Lebuhraya Utara Selatan di Slim River.

Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Perak berkata pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian pada 6.42 pagi tadi.

Sebentar tadi dalam satu kenyataan, Ketua Polis Daerah Muallim Supt Wan Kamarul Azran Wan Yusof mengatakan bahawa siasatan awal mendapati tayar belakang kanan van ambulans yang dalam perjalanan daripada Hospital Raja Permaisuri Bainun di sini menghala ke Hospital Slim River berkenaan disyaki pecah menyebabkannya terbabas lalu melanggar penghadang tepi jalan dan terbalik di lokasi kemalangan.

Beliau turut menambah bahawa pihaknya menerima maklumat mengenai pemandu yang maut dikenali sebagai Mohd Hafidz Mohd Bahari, 37, dan pesakit wanita yang meninggal dunia Azizah Dolah, 66, yang beralamat di Sungkai pada pukul 7 pagi.

Wan Kamarul Azran berkata pemandu itu mengalami kecederaan pada bahagian kepala dan meninggal dunia di tempat kejadian manakala pesakit berkenaan meninggal dunia disebabkan peralatan bantuan pernafasan tercabut akibat kemalangan tersebut.

Beliau berkata kejadian berlaku di jalan bertar, lurus dan dua lorong dua hala di Lebuhraya Utara Selatan arah selatan.

Katanya tiga lagi mangsa terlibat merupakan seorang doktor Ainaa Athirah Abdullah, 29 dan jururawat Nur Aliesa Hashim, 28, yang tidak mengalami kecederaan serta pembantu pegawai kesihatan Hairuazani Khairuddin, 40, yang mengalami kecederaan.

Beliau berkata bedah siasat dijalankan di Hospital Slim River dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sumber: BERNAMA

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Sat, 14 Jan 2023

Nafas Naga Gabungan Mantap Filsuf & Black Hanifah

Kerjasama antara rapper Filsuf dan Black pastinya membawa satu lagi warna dan kejutan kepada seluruh pencinta muzik tanah air menerusi lagu ‘Nafas Naga’. Lagu ‘Nafas Naga’ hasil ciptaan Filsuf dan lirik oleh Arisz Ab Rahman […]

Trending Thu, 5 Oct 2023
Trending Wed, 18 Apr 2018

Netizen Puji Wanita Redah Longkang Selamatkan Anjing

Rata-rata netizen memuji tindakan wanita ini yang sanggup bertindak berani masuk ke dalam longkang. Syabas kak!

Trending Tue, 24 Apr 2018

Tahniah! Kate Middleton Selamat Melahirkan Seorang Lagi Anak Lelaki Bersama Putera William

Warga negara Britain telah menyambut kelahiran seorang lagi ahli keluarga diraja mereka semalam di London.

Trending Thu, 7 Mar 2019

Takziah! Kisah Nur Aisyah Aleya Berakhir Dengan Kematian

Kanak-kanak perempuan berumur 3 tahun yang dilaporkan hilang sejak minggu lalu kini menemui pengakhiran apabila mayatnya ditemui dalam keadaan yang cukup menyayat hati.

Featured Mon, 20 Feb 2023
Trending Thu, 18 Jan 2018

Disangka Dengar Ceramah, Pelajar Juvana Akhirnya Loloskan Diri

Polis memburu tiga penghuni sekolah juvana Teluk Air Tawar yang dipercayai melarikan diri ketika program ceramah harian diadakan

#LaguXTRA Thu, 14 Sep 2023

#LaguXTRA: Suka Dengar Lagu Ikut Mood, Hisyam Hamid Kongsi Rahsia Dapatkan Emosi Sedih Dalam Lakonan

Wahh menjadi rupanya method acting Hisyam ambil mood sedih sebelum berlakon