Categories: Trending

Rakyat Malaysia Kini Dibenarkan Keluar Ke Negara Terpilih Dengan Syarat…

Dalam sidang media di Putrajaya hari ini, Menteri Kanan Dato Seri Ismail Sabri berkata beberapa kelonggaran kini diberikan untuk kemasukan rakyat asing ke Malaysia dan untuk kebenaran rakyat Malaysia ke negara luar.

Namun begitu, terdapat golongan tertentu yang dibenarkan seperti mereka yang memiliki ekspatriat yang melibatkan pengurusan tertinggi sebuah syarikat dan pakar teknikal asing, mereka juga perlu menjalani swab test.

Boleh pergi ke negara zon hijau

Rakyat di Singapura, Brunei juga diberi kelonggaran untuk masuk ke Malaysia tanpa perlu memohon di jabatan imigresen dan tidak perlu menjalani saringan kuarantin di rumah.

Selain itu, kebenaran turut diberikan kepada Rakyat Malaysia untuk keluar ke negara zon hijau seperti Singapura, Brunei, Indonesia dan New Zealand atas urusan seperti perubatan dan pembelajaran.

Untuk info lanjut tonton video di bawah:

Attiqah Mohd

""Above all, she is the girl who 'feels' things, who has hung on to the freshness and pain of adolescence, the girl ever wounded, ever young.”