Categories: Trending

Rakyat Malaysia Yang Ingin Pulang Dari Singapura Tidak Perlu Mohon Permit MyPass

Informasi terkini!

Semua warga tempatan yang berada di Singapura dan berhasrat untuk pulang ke negara ini tidak perlu lagi memohon permit MyPass daripada Suruhanjaya Tinggi Malaysia.

Perkara itu diumumkan Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob melalui Mesyuarat Khas Menteri Mengenai Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), hari ini.

Terdahulu, pengumuman dibuat bagi memaklumkan mulai 27 April, mereka perlu mendapatkan permit masuk daripada suruhanjaya itu terlebih dahulu, sekurang-kurangnya dua hari sebelum tarikh berlepas.

Apa-apa pun, patuhi kawalan penjarakan dan pakai mask walau di mana pun korang berada okay!

Syafiqa Irdina