Categories: Trending

[TERKINI] Ancaman Wabak Selesema Khinzir Kini Dikenalpasti

Selepas wabak Covid-19, pasukan penyelidik China kini menemui sejenis selesema khinzir baharu yang dikatakan mampu mencetuskan wabak (pandemic).

Dinamakan sebagai Pandemik G4

Gambar sekadar hiasan

Penemuan itu adalah hasil kajian jurnal sains Amerika Syarikat, Prosiding Akademik Sains Kebangsaan (PNAS) yang diterbitkan pada Isnin.

“Ia memiliki ‘semua ciri penting yang sangat sesuai untuk menjangkiti manusia’,” kata penulis, Saintis di universiti-universiti China dan Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit China.

Pada tahun 2011 dan 2018, penyelidik telah mengambil 30,000 swab sampel hidung dari binatang tersebut di 10 wilayah di China dan Hospital veterinar bertujuan membolehkan mereka mengasingkan 179 sampel virus berkenaan.

Penyakit G4 mudah tersebar

Gambar sekadar hiasan

G4 juga dikategorikan sangat mudah tersebar dan meniru sel manusia yang menyebabkan gejala lebih serius.

Malah, keputusan ujian juga menunjukkan sebarang bentuk imuniti manusia daripada pendedahan musim selesema tidak memberikan perlindungan dari wabak G4.

Sebanyak 10.4 peratus pekerja ladang dijangkiti

Gambar sekadar hiasan

Manakala, berdasarkan ujian darah pula menunjukkan antibodi yang tercipta daripada pendedahan virus mendedahkan 10.4 peratus pekerja ladang khinzir dijangkiti.

Ia sekali gus memberi gambaran jelas sebanyak 4.4 peratus populasi umum juga bakal terdedah.

Sumber : Harian Metro

Salma Syahbuddin