Categories: Trending

Ramai Positif Covid-19 Berpunca Dari Kluster Bangau-Bangau

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, trend kenaikan kadar positif di kawasan Semporna amat membimbangkan kerana ia menunjukkan kebarangkalian jangkitan sehingga 65.56 peratus.

Justeru itu, pihak KKM tidak menolak sebarang kemungkinan lebih ramai individu akan dikesan positif Covid-19 dalam Kluster Bangau-Bangau di Semporna, Sabah.

276 individu positif

“Ini antara kluster yang kita bimbangkan kerana wabak sudah berada dalam komuniti itu dan menjangkiti ramai individu,”

Setakat ini 421 individu sudah menjalani saringan dan 276 individu dikesan positif bagi kluster itu.

Manakala, semua penduduk di kawasan itu disaring. Bagi kes yang didapati positif, mereka akan diasingkan dan diberi rawatan bagi mengawal penularan jangkitan.

Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah juga memaklumkan bahawa KKM dengan kerjasama pihak berkuasa turut melaksanakan sekatan jalan raya di kampung berkenaan dan memperketatkan kawalan sempadan.

Terdahulu, kerajaan menguatkuasakan semula pelaksanaan PKPDB Secara Pentadbiran di Lahad Datu, Tawau, Kunak dan Semporna, di Sabah berkuatkuasa bermula 28 September sehingga 12 Oktober ini.

Sumber : BH Online, Harian Metro

Salma Syahbuddin