Categories: Trending

“Rasa Macam Jantung Berada Di Lantai” – Video Uyaina Arshad Hampir Terjatuh Ketika Mengacarakan WHI Tular

Aksi pelakon dan pengacara jelita, Uyaina Arshad yang hampir terjatuh ketika mengendalikann segmen tajaan di program Wanita Hari Ini TV3 meraih perhatian netizen.

Berkongsi sedutan video terbabit menerusi salah sebuah hantaran di laman Instagram miliknya, Uyaina menjelaskan perkara yang sebenar.

“Ketika mengacarakan segmen tajaan, hos memang harus berdiri atas sebuah platform. Ketika kejadian berlaku, saya undur satu langkah ke belakang. Selalunya, tak ada apa-apapun.

“Tapi, perkara lain pula berlaku. Kaki saya terkeluar dari platform dan hampir terjatuh. Nasib baik tak terjadi apa-apa. Berderau darah saya, rasa macam jantung tu berada di atas lantai,” kata Uyaina ketika dihubungi Xtra.

Biarpun hampir terjatuh, aksi Uyaina yang terus mengendalikan segeman itu dengan penuh professional mendapat pujian netizen.

“Sebolehnya saya cuba untuk ‘compose’ dan teruskan sahaja. Alhamdulillah, apa yang penting, saya tak terjatuh. Risau juga kalau saya melatah atau terjadinya perkara buruk yang lain.

“Bila ada orang puji saya profesional, saya rasa bersyukur, segala yang baik itu datang dari Allah. Setiap kali mengendalikan sesebuah rancangan, saya akan cuba untuk memperbaiki hasil kerja saya.

“Saya pun dapat tahu ada orang parodikan video saya terjatuh. Bila saya tonton, saya hanya tergelak. Kreatif betul rakyat Malaysia ni, sabar je lah!” katanya sambil ketawa.

Jangan lupa saksikan Wanita Hari Ini, setiap Isnin hingga Sabtu jam 12 tengah hari hanya di TV3!

Padin