Categories: FeaturedTrending

“Saya Minta Maaf…” – Ustaz Ebit Lew Tak Dapat Teruskan Misi Bantuan Di Semporna

Pendakwah terkenal Ustaz Ebit Lew memohon maaf kepada penduduk pulau-pulau di Semporna, Sabah kerana dia tidak dapat lagi meneruskan misi bantuan.

Ebit dimaklumkan yang beliau dan pasukannya tidak dibenarkan untuk ke pulau-pulau di Semporna dan mereka turut diminta untuk berhenti memberikan bantuan di sana.

Ebit juga diberitahu antara hukuman yang boleh dikenakan jika mereka ingkar ialah denda sebanyak RM100,000 atau penjara selama tiga tahun.

Malah, beliau terpaksa menangguhkan projek pembinaan sekolah kecil untuk masyarakat setempat di situ.

Walaubagaimanapun, beliau tetap tidak berkecil hati dan akan terus memerah kudrat untuk membantu masyarakat di Tawau.

Terdahulu, Ustaz Ebit Lew berjaya mengislamkan seramai 157 orang di Pulau Tatagan, Sabah.

Baca artikel berkaitan: “Function Teruk!” Selain Beri Bantuan, Ebit Lew Islamkan Satu Kampung Di Sabah

Attiqah Mohd

""Above all, she is the girl who 'feels' things, who has hung on to the freshness and pain of adolescence, the girl ever wounded, ever young.”