Categories: FeaturedTrending

PKP Dilanjutkan Sehingga 18 Februari, Rentas Negeri Masih Dilarang

Menerusi sidang media Majlis Keselamatan Negara hari ini, Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata  Perintah Kawalan Pergerakan akan dilanjutkan bermula 5 Februari 2021 sehingga 18 Februari 2021 di seluruh negara kecuali Sarawak.

“Saya nak maklumkan setiap keputusan yang dibuat adalah berdasarkan data yang telah pun dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan (KKM).

“Rentas negeri sehingga hari ini apabila kita buka rentas negeri suatu ketika dahulu, ianya menyumbang kepada kes positif dan terdapat 31 kluster berkaitan rentas negeri.

“Sebab itu kita memberikan penekanan rentas negeri tidak boleh diberikan (kerana) ianya memberikan peningkatan kes positif,” katanya dalam sidang media, di sini pada Selasa.

Difahamkan, PKP kali ini akan dilaksanakan dengan prosedur operasi standard (SOP) yang lebih ketat.Walaubagaimanapun, rentas negeri masih tidak dibenarkan sepanjang tempoh PKP.

 

Attiqah Mohd

""Above all, she is the girl who 'feels' things, who has hung on to the freshness and pain of adolescence, the girl ever wounded, ever young.”