Categories: Trending

“This Is Not A Throwback” Azrinaz Mazhar Hakim Kini Hamil 7 Bulan

Bekas personaliti TV3, Azrinaz Mazhar Hakim mengumumkan dirinya hamil tujuh bulan menerusi hantaran dilaman instagram miliknya.

Menurut Azrinaz, beliau tidak sangka hamil lagi kerana jarak kandungan dengan anak sulung beliau, Areesya Malaykha adalah sangat dekat.

“”Saya tidak sangka hamil lagi dengan jarak kandungan yang dekat dengan Areesya Malaykha. Tapi kenapa perlu menunggu lagi, jika saya masih diberi kesempatan ini”

Tambahnya lagi, beliau tidak merancang sama sekali untuk hamil anak kedua namun, tidak menolak kerana ini merupakan rezeki daripada Nya.

“Tak tahulah nak cakap anak PKP atau PKPB. Sejujurnya, saya tidak merancang pun,” Katanya.

Apapun, Azrinaz memohon agar seluruh followers, keluarga dan teman sentiasa mendoakan kesihatan dan kandungan beliau.

Terdahulu, Azrinaz melangsungkan perkahwinan dengan Fairos Khan pada 1 Mei 2018 dan dikurniakan cahaya mata perempuan bernama Areesya Malaykha.

Salma Syahbuddin