Categories: Trending

Rayuan Permohonan BPN Dilanjutkan Sehingga 31 Mei

Berita baik buat orang ramai yang masih gagal memohon BPN!

Sempena dengan Perutusan Khas Perdana Menteri hari ini, kerajaan telah mengumumkan untuk melanjutkan tempoh rayuan Bantuan Prihatin Nasional (BPN) sehingga 31 Mei.

Pemohon boleh hadir ke kaunter LHDN Bermula 12 Mei

Buat para pemohon yang tidak diluluskan permohonan mereka, mereka diminta untuk hadir ke kaunter LHDN untuk membuat rayuan bermula 11 Mei ini.

Justeru, jika rayuan mereka memenuhi semua syarat dan munasabah, permohonan diluluskan tanpa sebarang kesulitan.

Dalam perkembangan lain, kerajaan telah meluluskan 2.3 juta permohonan BPN termasuk permohonan baru dan rayuan yang melibatkan jumlah perbelanjaan 1.7 billion ringgit.

Buat korang yang tidak diluluskan permohonan, jangan putus asa. Baca betul-betul syarat yang ditetapkan terlebih dahulu. Semoga berjaya!

Korang boleh mula membuat permohonan BPN pada tarikh yang ditetapkan di portal BPN.

Baca artikel berkaitan: Pembayaran Fasa 2 BPN Kepada B40, M40 Kini Bermula- Menteri Kewangan

Attiqah Mohd

""Above all, she is the girl who 'feels' things, who has hung on to the freshness and pain of adolescence, the girl ever wounded, ever young.”