Categories: Trending Hari Ini

[TERKINI] Suami Isteri Tinggal Berjauhan Atas Urusan Kerja Dibenarkan Rentas Negeri – PM

Sebentar tadi, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan pelanjutan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) sehingga 9 Jun 2020 iaitu selama 4 minggu lagi.

Bukan itu sahaja, pasangan suami isteri yang tinggal berjauhan atas urusan kerja dibenarkan untuk merentas negeri bagi tujuan berjumpa dengan keluarga.

Keputusan itu dicapai kerana kerajaan memahami keadaan sesetengah pasangan suami isteri yang tinggal berjauhan dan terpisah dengan keluarga selama dua bulan.

“Bagi yang melibatkan rentas negeri Sabah dan Sarawak, saya berharap kerajaan negeri memberikan kelonggaran yang sama.

Permohonan Melalui Aplikasi Gerak Malaysia Atau Hadir Balai Polis

Permohonan boleh dibuat melalui aplikasi Gerak Malaysia atau korang boleh hadir sendiri ke balai polis yang berdekatan.

Bagi maklumat lanjut tentang perutusan khas oleh Perdana Menteri tadi, korang boleh tonton video di bawah:

Syafiqa Irdina