Categories: Trending

Rebut Peluang Jadi Penyampai Radio Fly FM Menerusi Flydol 2022!

Menanam impian dan cita-cita untuk bergelar penyampai radio di stesen Fly FM?

Apa lagi, rebut peluang anda dengan menyertai Flydol 2022!

Rakam aksi menarik anda sebagai penyampai radio menerusi ‘duet challenge’ Flydol 2022 dalam masa 60 saat!

Muat naik video terbabit dan jangan lupa tag akaun Instagram @flyfm958 atau akaun TikTok @flyfm serta letakkan hashtag #Flydol2022 sebelum 14 Januari ini!

Jangan lupa untuk meletakkan tetapan akaun Instagram dan TikTok anda dalam mod ‘public’!

Tiga orang finalis bertuah akan dipilih oleh barisan juri untuk ke pusingan akhir yang bakal berlangsung 28 Januari nanti!

Ha, pemenang bertuah bakal bekerja sebagai penyampai Fly FM dalam kontrak yang bernilai RM60,000 tau!

Jadi, apa tunggu lagi, cuba nasib anda sekarang! Untuk informasi lanjut, layari www.flyfm.audio

Padin