Categories: Trending

Remaja & Kanak-Kanak TIDAK Akan Diberi Vaksin Covid-19

Timbalan Menteri Sains Teknologi dan Inovasi, Ahmad Amzad Hashim memaklumkan, terdapat dua kumpulan yang tidak akan diberikan vaksin Covid-19.

Ia adalah 30 peratus daripada jumlah populasi rakyat Malaysia yang tidak akan divaksin, sebaliknya akan terlindung daripada wabak Covid-19 menerusi imuniti kelompok.

Kanak-kanak dan remaja berusia 18 tahun ke bawah…

Jumlah 30 peratus yang tidak akan divaksin adalah golongan remaja dan kanak-kanak 18 tahun ke bawah dan mereka yang mempunyai masalah sistem imun.

“Sekurang-kurangnya 60 peratus rakyat perlu divaksinkan bagi mencapai imuniti kelompok (herd immunity). Imuniti kelompok bermaksud baki 30 peratus rakyat bakal turut terlindung jika 70 peratus rakyat mempunyai perlindungan vaksin” katanya.

Harga vaksin RM1,000

Bagaimanapun, baki 30 peratus rakyat itu boleh memilih untuk mendapatkan sendiri suntikan vaksin di hospital swasta, dengan pengecualian cukai untuk kos vaksin itu diberikan sehingga RM1,000 seorang.

Tambahahnya lagi, kerajaan menyasarkan sejumlah 70 peratus rakyat Malaysia akan menerima vaksin secara percuma seawal suku pertama tahun hadapan.

Dan keutamaan pemvaksinan Covid-19 di Malaysia akan diberikan kepada kumpulan barisan hadapan seperti petugas kesihatan dan anggota keselamatan, selain golongan berisiko seperti warga emas.

Sumber : BH Online

Salma Syahbuddin