Categories: FeaturedTrending

Rentas Negeri Secara Berperingkat Bakal Dilaksanakan, Tiada Lagi PKP

Menerusi Program Strategik Memperkasa Rakyat Dan Ekonomi
( PEMERKASA), Perdana Menteri, YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan pergerakan rentas negeri secara berperingkat bakal dilaksanakan tidak lama lagi.

Beliau turut mengumumkan akan melancarkan special green lane bagi memudahkan pengangkutan udara.

“Saya percaya, sedikit masa lagi apabila sudah ramai antara kita telah mengambil vaksin, Kerajaan sedia untuk membenarkan pergerakan rentas negeri secara berperingkat, malah mewujudkan special green lane bagi perjalanan sempadan yang melibatkan pengangkutan udara. “

“Berikan sedikit masa dan ruang untuk kerajaan meneliti risiko sebelum sesuatu keputusan diambil”, tambahnya.

Dalam pada itu, beliau juga mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) hanya akan dilaksanakan mengikut lokaliti dan secara tertumpu kepada kluster berkaitan.

Perdana Menteri berkata, keadaan itu bermakna PKP menyeluruh merangkumi seluruh negara atau sesuatu negeri tidak perlu lagi dilaksanakan.

“Dengan mengambil kira pelaksanaan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan, kerajaan berkemungkinan tidak perlu lagi melaksanakan PKP secara menyeluruh merangkumi seluruh negara atau sesuatu negeri.

“Kerajaan juga akan melaksanakan strategi kawalan penularan COVID-19 secara lebih bersasar dengan bersandarkan sains dan data untuk mengurangkan impak negatif terhadap aktiviti ekonomi negara,” katanya selepas mengumumkan Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi (PEMERKASA), di sini, hari ini.

Attiqah Mohd

""Above all, she is the girl who 'feels' things, who has hung on to the freshness and pain of adolescence, the girl ever wounded, ever young.”