Categories: Trending

Repvblik Rai Ulang Tahun Ke-19 Di KL, Ubat Kerinduan Peminat Malaysia

Kehadiran kumpulan muzik popular Indonesia, Repvblik sememangnya dinantikan oleh peminat di Malaysia.

Konsert Repvblik yang berlangsung di Zepp Kuala Lumpur pada Jumaat lalu berjaya ‘memukau’ 1,700 pengunjung yang mahu melepaskan rindu terhadap kumpulan itu.

Repvblik Band yang dianggotai Ruri, Tyar, Eii, dan Lavy turut berkongsi rasa teruja mereka dapat kembali ke Kuala Lumpur dan tampil membuat persembahan di hadapan peminat.

“Terima kasih kepada semua peminat yang hadir untuk bersama kami. Kami begitu teruja untuk tampil di sini membuat persembahan dan meraikan kalian,” kata Ruri selaku vokalis.

Tampil mempesonakan dengan alunan 20 lagu hitnya seperti Sakit Aku Sakit, Hanya Ingin Kau Tahu, Sayang Sampai Mati, Sandiwara Lagi, Aku Takut, Selimut Tetangga dan banyak lagi, Repvblik sememangnya berada dalam kelasnya tersendiri.

Konsert ini juga menjadi hadiah ulang tahun ke-19 penubuhan kumpulan itu yang didedikasikan khas kepada peminat yang sentiasa menyokong karier muzik mereka.

Sekadar info, Band Repvblik  mula ditubuhkan secara rasmi pada 24 Mac 2004 di Indonesia dan mempunyai 4 orang ahli iaitu Ruri (vokal), Lavy (bass), Tyar (keyboard, backing vocal), dan Ei (lead gitar).Kehadiran kumpulan muzik popular Indonesia, Repvblik sememangnya dinantikan oleh peminat di Malaysia.

Konsert Repvblik yang berlangsung di Zepp Kuala Lumpur pada Jumaat lalu berjaya ‘memukau’ 1,700 pengunjung yang mahu melepaskan rindu terhadap kumpulan itu.

Repvblik Band yang dianggotai Ruri, Tyar, Eii, dan Lavy turut berkongsi rasa teruja mereka dapat kembali ke Kuala Lumpur dan tampil membuat persembahan di hadapan peminat.

“Terima kasih kepada semua peminat yang hadir untuk bersama kami. Kami begitu teruja untuk tampil di sini membuat persembahan dan meraikan kalian,” kata Ruri selaku vokalis.

Tampil mempesonakan dengan alunan 20 lagu hitnya seperti Sakit Aku Sakit, Hanya Ingin Kau Tahu, Sayang Sampai Mati, Sandiwara Lagi, Aku Takut, Selimut Tetangga dan banyak lagi, Repvblik sememangnya berada dalam kelasnya tersendiri.

Konsert ini juga menjadi hadiah ulang tahun ke-19 penubuhan kumpulan itu yang didedikasikan khas kepada peminat yang sentiasa menyokong karier muzik mereka.

Sekadar info, Band Repvblik  mula ditubuhkan secara rasmi pada 24 Mac 2004 di Indonesia dan mempunyai 4 orang ahli iaitu Ruri (vokal), Lavy (bass), Tyar (keyboard, backing vocal), dan Ei (lead gitar).

Afiq Kandi