Trending By: Afiq Kandi August 14, 2023 @ 4:23pm

Repvblik Rai Ulang Tahun Ke-19 Di KL, Ubat Kerinduan Peminat Malaysia

Kehadiran kumpulan muzik popular Indonesia, Repvblik sememangnya dinantikan oleh peminat di Malaysia.

Konsert Repvblik yang berlangsung di Zepp Kuala Lumpur pada Jumaat lalu berjaya ‘memukau’ 1,700 pengunjung yang mahu melepaskan rindu terhadap kumpulan itu.

Repvblik Band yang dianggotai Ruri, Tyar, Eii, dan Lavy turut berkongsi rasa teruja mereka dapat kembali ke Kuala Lumpur dan tampil membuat persembahan di hadapan peminat.

“Terima kasih kepada semua peminat yang hadir untuk bersama kami. Kami begitu teruja untuk tampil di sini membuat persembahan dan meraikan kalian,” kata Ruri selaku vokalis.

Tampil mempesonakan dengan alunan 20 lagu hitnya seperti Sakit Aku Sakit, Hanya Ingin Kau Tahu, Sayang Sampai Mati, Sandiwara Lagi, Aku Takut, Selimut Tetangga dan banyak lagi, Repvblik sememangnya berada dalam kelasnya tersendiri.

Konsert ini juga menjadi hadiah ulang tahun ke-19 penubuhan kumpulan itu yang didedikasikan khas kepada peminat yang sentiasa menyokong karier muzik mereka.

Sekadar info, Band Repvblik  mula ditubuhkan secara rasmi pada 24 Mac 2004 di Indonesia dan mempunyai 4 orang ahli iaitu Ruri (vokal), Lavy (bass), Tyar (keyboard, backing vocal), dan Ei (lead gitar).

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Sat, 21 Nov 2020
Featured Fri, 5 May 2023
Featured Mon, 25 Oct 2021
Acara Mon, 6 Mar 2023
Featured Fri, 27 Apr 2018

Bagaimana Rupa Puteri-Puteri Disney Jika Mereka Hidup Di Zaman Moden? Pelukis Ini Ada Jawapannya

Para Puteri Disney diberi nafas baru dari segi rupa serta gaya fesyen mereka. Nampak chic!

Trending Wed, 19 May 2021

“Rasa Nak Pengsan, Macam Nak Gugur Jantung” – Puteri Sarah Positif Covid-19

Pelakon Puteri Sarah Liyana, 36, mengesahkan dirinya positif Covid-19 selepas membuat Ujian Rapid Antigen (RTK-Ag) di Shah Alam, semalam. Isteri kepada pengarah dan pelakon Syamsul Yusof ini berkata, dia bertindak melakukan ujian terbabit selepas hilang […]

Featured Tue, 20 Apr 2021

Ismail Sabri Nafi KKM Manipulasi Data Covid-19, Amaran Buat Penyebar Berita Palsu

Semakin ketat syarat rentas negeri yang dikenakan kerajaan, semakin banyak timbul khabar angin yang tidak sahih berkaitan data Covid-19. Isu ini kemudian telah mendapat respon Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang tegas […]