Acara By: Atiqah Johari March 6, 2023 @ 7:04pm

Pertaruh Bintang Baharu Dalam Filem, Eidolon: Bayangan Dendam Mula Ditayangkan Pada 9 Mac Ini

Pengarah Don Hoe tampil dengan naskhah pertama iaitu filem bergenre seram yang berjudul Eidolon: Bayangan Dendam bakal ditayangkan di pawagam seluruh negara.

Filem ini mengangkat tema dendam, misteri dan hantu dalam satu persembahan yang sama

Apa yang lebih menarik, filem ini menampilkan wajah-wajah baharu yang bukan berlatar belakangkan sebagai pelakon.

Oleh itu, Don Hoe mempunyai alasan tersendiri dengan mempertaruhkan pelakon-pelakon baharu ini dalam naskhah pertamanya.

“Pertama sekali, penggambaran dijalankan di Pulau Pinang dan negeri tersebut bukanlah bandar yang mempunyai ramai pelakon.

“Kedua, saya mahu memberi peluang kepada mereka yang berbakat di Pulau Pinang dan melalui casting saya cuba mencari pelakon,

“Tambah, penggambaran dibuat ketika fasa PKP dan pelakon dari luar susah untuk mendapat kebenaran merentas negeri,” kata Don Hoe.

Malah, Julian pula berpendapat kejayaan sesebuah karya itu tidak hanya bergantung kepada populariti seseorang pelakon.

“Kami akui tidak menampilkan nama-nama besar dalam Eidolon. Bagi saya, nama besar tidak semestinya akan memberi kejayaan atau keuntungan.

“Sebelum ini, saya juga pernah terbitkan filem dan menampilkan pelakon yang mempunyai nama tetapi masih mengalami kerugian,” jelas Julian yang merupakan produser dan pelakon utama.

Eidolon: Bayangan Dendam dibintangi oleh Julian Cheah, Chazynash, Tyty Nazmin, Faiez, Fifi, Cik My dan juga penampilan istimewa Nik Amirul Faiz, Zack Aminuddin, Zati Nizamm, Jean Tan dan Jeffrey Leong.

Filem ini bakal merasuki penonton bermula 9 Mac 2023 di pawagam seluruh Malaysia.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 17 Mar 2021
Hiburan Fri, 10 May 2019

Peminat Sebak Dengar Kolaborasi Raihan-Alif Satar Dalam ‘Sesungguhnya 2019’

Alhamdulillah abang-abang Raihan atas peluang ini. Akan saya ingat sampai bila-bila…

Featured Thu, 8 Sep 2022
Featured Sat, 31 Dec 2022

Maryam Durian Kimchi Menari Bersama Nenek, Netizen Tertarik Foto Makkah Di Dinding – “Legend Betul Frame Gambar Tu”

Pempengaruh Maryam Younarae yang terkenal dengan telatah lucunya menari bersama nenek semasa di Korea sebelum pulang ke Malaysia. @uyounikBefore go back to Malaysia buat memories dengan nenek❤️♬ original sound – eric4fuksakes Menerusi hantaran di laman

Featured Wed, 18 Mar 2020

Perintah Kawalan Pergerakan mungkin dilanjutkan

Kerjasama setiap rakyat dapat kekang penularan COVID-19

Featured Wed, 18 Jan 2023
Trending Tue, 25 Jan 2022

“Orang Ingat Lagu Tu Simple, Tapi…” – Anuar Zain Bakal Ganti Ernie Zakri Nyanyi Lagu Boneka Di AJL36?

Pengganti penyanyi Ernie Zakri untuk menyampaikan lagu Boneka di pentas Anugerah Juara Lagu 36 (AJL36) masih belum diumumkan. Ernie yang bakal melahirkan anak sulungnya tidak lama lagi masih belum mendedahkan penyanyi yang bakal menggalas tanggungjawab

Hiburan Fri, 16 Feb 2018

PRINCHIQY DINZLY MOHON MAAF, AKUI TERLAMPAU ASYIK TENGOK ALTIMET?

Selepas pelbagai kontroversi timbul akibat dakwaan mahu menceroboh persembahan Altimet semasa Anugerah Juara Lagu 32 lepas, akhirnya Iqram tampil memberikan penjelasan berkaitan isu tersebut

| Live TV