Filem By: Dharnieya Nur Amelsa December 8, 2022 @ 6:29pm

Duan Nago Bogho Bukan Sekadar Filem Aksi, Angkat Perjuangan Maruah Seni Mak Yong

Tidak dapat dinafikan filem yang bercorak aksi sememang-memangnya merupakan genre yang cukup digemari oleh penonton di Malaysia.

Melihat kepada potensi filem yang sebegini telah membuatkan syarikat produksi Kalamarif Holdings Sdn. Bhd. muncul dengan sebuah naskhah istimewa terbaru iaitu berjudul Duan Nago Bogho.

Apa yang menariknya filem ini, ia mengetengahkan seorang pengarah dan pelakon hebat iaitu Sabri Yunus yang cukup dikenali dengan naskhah Pok Yang Cong Codei.

Menurut penerbit Kolonel Bersekutu (PA) Arisz Ab Rahman, pihaknya berminat untuk menerbitkan filem Duan Nago Bogho ini kerana tertarik dengan skrip dan jalan cerita yang dihasilkan oleh Sabri.

“Saya melihat filem ini berbeza dengan filem-filem aksi sedia ada. Dua Nago Bogho benar-benar filem berwajah kita yang menggabungkan aksi dengan elemen seni budaya Malaysia iaitu Mak Yong dengan nilai komersial.

“Mengenai pemilihan tajuk pula, ia adalah gambaran sifat watak utama iaitu Duan seperti ular ‘Nago Bogho’ atau lebih dikenali sebagai ular tedung selar,” ujarnya.

Katanya lagi, filem sulung terbitan syarikatnya itu telah menelan kos perbelanjaan sebanyak RM 2 juta dan menggunakan dialek bahasa Kelantan sebanyak 80 peratus.

Penggambaran filem ini mula dijalani selama 30 hari pada April 2021 di lokasi seperti Kuala Lumpur sebanyak 90 peratus dan Kelantan sebanyak 10 peratus.

Bakal menampilkan pelakon Asrul Faizal selaku teraju utama membawakan watak Duan dan juga turut menampilkan barisan pelakon hebat seperti Datuk Rosyam Nor, Jojo Goh, Sangeeta Krishnasamy, Husairi Husain, Angeline Tan, Issey Fadzlisham, Jason Chong dan ramai lagi.

Bercakap mengenai harapannya terhadap filem berkenaan, beliau mengharapkan filem Duan Nago Bogho ini dapat diterima oleh semua golongan penonton.

“Seperti penerbit pastinya saya ingin mendapat kutipan yang memberangsangkan dan diterima oleh seluruh penonton tanpa mengira negeri dan latar belakang.

“Walaupun latarnya mengenai kehidupan watak utama sebagai orang Kelantan dan kebanyakannya berdialek Kelantan, namun isu, mesej dan jalan cerita Duan Nago Bogho berlaku di mana-mana sahaja,” ujarnya.

Sementara itu, Sabri pula menjelaskan dia berminat menulis skrip serta pengarah filem berkenaan setelah melalui sendiri pengalaman yang menarik perhatiannya dalam bidang kesenian khususnya seni tradisional Kelantan.

Jelasnya, ada tiga faktor untuk menghasilkan Duan Nago Bogho iaitu mengenai cinta pada seni yang tinggi, pertembungan ideologi pada nilai kesenian dan melihat kepada nilai setiakawan serta pembelotan dalam hubungan persahabatan.

“Ketiga-tiga faktor ini saya rangkumkan menjadi sebuah naskhah dan menjadi tunjang kepada penceritaan yang ingin disampaikan.

“Ia bukanlah sebuah filem aksi semata-mata dan lebih kepada perjuangan dalam pertahankan maruah seni Mak Yong.

“Watak Duan juga seorang yang melalui dunia pergaduhan demi maruah diri, namun dia bukan jahat atau samseng, tetapi orang yang sangat menjaga maruah dan harga diri, maruah dan harga seninya,” ujarnya.

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Sun, 2 Oct 2022
Hiburan Sat, 21 Apr 2018

DJ Avicii Meninggal Dunia

Saya melihat beliau sekali lagi keesokan harinya dan Avicii sangat peramah, rendah diri dan turut bergambar bersama…

Hiburan Wed, 12 Jun 2019

PU Abu Mohon Maaf Dengan Anak

Moga dia mewarisi kesabaran dan kekuatan awak sepanjang kandungkan dia.

Hiburan Tue, 11 Jul 2023
Filem Sat, 13 Jan 2018

《大娱乐家》6处和事实相反「原来……是假的!」

《大娱乐家》上映后获得台湾观众好评,精采的歌舞元素让观众看得过瘾,歌曲更是让人想一听再听,虽然电影是以历史人物巴纳姆(PT Barnum)为基底创作,但是仍有几个部分是不符合事实,《CinemaBlend》网站便整理出了6点,带你更深入认识相关故事。