Hiburan By: Maya Basir September 13, 2023 @ 5:47pm

Nafi Wujud Unsur Kroni Dalam Pemilihan Pelakon, Janna Nick Beri Penjelasan – “Memang Mereka Kawan-Kawan Saya Tapi…”

Pelakon Janna Nick nafi mengamalkan kronisme dalam pemilihan barisan pelakon dalam teater muzikal terbitannya.

Antara barisan pelakonnya adalah terdiri daripada rakan-rakan baik Janna seperti Puteri Sarah, Noreen Iman dan Aya Amiruddin.

Menurutnya, istilah kronisme tidak wujud kerana faktor mereka dipilih adalah atas sebab bakat dan kualiti persembahan yang mereka dapat lakukan.

“Memang mereka adalah kawan-kawan saya. Tetapi pada masa yang sama, barisan-barisan pelakon ini berkualiti. Kalau tidak, saya pun tak akan panggil mereka. 

“Saya juga bukan seorang opportunist atau nak ambil kesempatan pada kawan-kawan. Saya lebih suka melihat ini cuma satu perkongsian rezeki.

“Saya senang berurusan dengan mereka tetapi nak katakan semua pelakon ini adalah kawan tidak juga. Ada juga kenalan industri,” jelasnya. 

Pada masa sama, dia yakin menerusi pemilihan barisan pelakon ini dapat beri nilai tambah kepada pementasan teater muzikal yang akan diadakan pada bulan Oktober depan.

“Nak buat teater bukan senang. Satu kerana ia menelan kos yang besar dan keduanya memerlukan penglibatan dari segi teknikal, pengarah, tenaga kru dan produksi yang ramai. Untuk teater muzikal ini saja, penglibatan tenaga kerja hampir 100 orang.

“Jadi adil lah jika saya letakkan barisan pelakon yang dikenali ramai ini untuk memberi tambah nilai pada pementasan teater muzikal Pak Pandir dan Labu Ajaib ini. 

“Saya pun tak nak pening-peningkan kepala dan mahu berurusan dengan orang yang senang beri kerjasama,” katanya.

Selain Janna Nick, Puteri Sarah, Aya Amiruddin dan Noreen Iman, pelawak dan pelakon, Bell Ngasri dan Naque Ariffin juga turut membintangi Teater Muzikal Kanak-Kanak Pak Pandir & Labu Ajaib ini.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 7 Mar 2023
Trending Sat, 17 Apr 2021
Hiburan Tue, 2 Apr 2019
Trending Thu, 5 Aug 2021
Hiburan Fri, 26 May 2023
Featured Fri, 26 May 2023