Hiburan By: Fatin Nurain December 29, 2023 @ 2:50pm

Teruja Bakal Timang Anak Lelaki, Ryan Bakery Tak Kisah Jadikan Anak Sebagai Content

Pempengaruh Ryan Bakery meluahkan rasa teruja bakal menimang cahaya mata pertama yang dijangka lahir pada Januari ini.

Memetik laporan Harian Metro, Ryan bakal menyambut kelahiran anak lelaki yang akan diberi nama, Ryan Ezra.

Menurut Ryan, dia tidak kisah menjadikan anaknya itu sebagai ‘content’ di media sosial mengikut kesesuaian kandungan untuk memaparkan aktiviti kekeluargaan seperti dilakukannya kini.

“Sekarang kandungan isteri, Elyia Ibrahim dalam 34 minggu dan nama pun kami dah pilih iaitu Ryan Ezra.

“Saya harap segala urusan kelahiran anak kami nanti dipermudahkan oleh Allah dan mohon doakan yang baik-baik buat isteri, anak dan keluarga saya. Terima kasih juga pada semua yang membuat perkongsian cara menjaga bayi kepada kami.

“Saya amat alu-alukan segala perkongsian yang baik untuk penjagaan bayi dan ibu di dalam pantang kerana kami berdua tiada pengalaman keibubapaan. Jadi, memang dalam proses yang nak kena belajar,” katanya.

Meskipun tidak kisah dengan penampilan anaknya di media sosial nanti, Ryan bagaimana pun menafikan dirinya menjual atau mempergunakan keluarganya demi sebuah kandungan.

“Anak saya mesti akan jadi ‘content’ media sosial juga sebab memang saya suka buat cerita mengisahkan keluarga. Tapi, bukanlah sampai sanggup jual atau pergunakan keluarga seperti yang didakwa oleh segelintir netizen.

“Saya tahu mengenai apa yang cuba diisu oleh netizen, namun untuk saya tidaklah sampai sanggup jual atau pergunakan ahli keluarga sewenang-wenangnya sebagai ‘content’ di media sosial,” katanya.

Sumber: Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 6 Sep 2021
Hiburan Thu, 24 May 2018

Maaf…Belum Sedia Tambah Zuriat

Kos hidup dan barangan anak-anak juga mahal pada masa kini. Untuk menambah zuriat, banyak aspek perlu diambil kira dengan teliti…

Featured Fri, 7 Oct 2022

Gara-Gara Tampil Berpakaian Seksi, Azira Shafinaz Sering Terima Gelaran ‘Kurang Manis’ – “Saya Pun Ada Hati Dan Perasaan Juga”

Jangan kecam gaisss… orang tu tengah pelan-pelan berubah. kita sokong dan doakan okay!

Hiburan Wed, 16 Oct 2019

‘Ramai Wanita Dalam Hidup Saya’- MK K-Clique Jawab Isu Gambar Mesra

Saya memang kurang tahu mengenai gosip yang tular…

Hiburan Fri, 15 Mar 2019

Tahniah! Ahmad Idham Kini CEO Finas

Tahniah sekali lagi buat pelakon drama Cinderella ini

Hiburan Sun, 2 Apr 2023
Featured Mon, 20 Mar 2023
Hiburan Mon, 8 Jan 2018

Lambat Sikit Pun Dah Kecoh !!

Datang lambat sikit pun nak kecoh , asyik nampak keburukan orang lain saja!