Featured By: Salma Syahbuddin October 7, 2022 @ 2:06pm

Gara-Gara Tampil Berpakaian Seksi, Azira Shafinaz Sering Terima Gelaran ‘Kurang Manis’ – “Saya Pun Ada Hati Dan Perasaan Juga”

Baru-baru ini penampilan pelakon dan anggota kumpulan De Fam, Azira Shafinaz sekali lagi dikritik selepas dia mengenakan dress pendek berwarna silver pada sambutan ulang tahunnya.

Bagaimanapun, akur dengan segala kecaman yang diterimanya, Azira berharap agar semua peminat dan pihak di luar sana memberikan ruang untuknya memperbaiki diri.

Menurut Azira atau nama sebenarnya, Azira Shafinaz Ramlan, 32, sebagai seorang manusia dan selebriti, pastinya dia tidak dapat lari daripada melakukan kesilapan, dalam masa yang sama turut menerima kritikan peminat.

“Saya tahu ada yang kurang senang dengan imej seksi yang dibawa. Kalau boleh, saya tidak mahu mengulas panjang perkara ini kerana bimbang jika tersalah cakap akan mencetuskan pelbagai spekulasi lain.

“Secara peribadi, saya faham dan sedar tidak semua boleh menerima cara saya. Namun, saya juga sedang berusaha memperbaiki diri.  Saya sentiasa berdoa untuk berubah ke arah lebih baik. Harap semua peminat dapat mendoakan sekali,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Tampil Anggun Gayakan Dress Pendek, Netizen Tegur Azira Shafinaz Berpakaian Seksi

Sementara itu, Azira juga mengakui berasa kurang selesa apabila dipanggil dengan gelaran yang kurang manis oleh segelintir warganet.

“Memang dari dulu, ada saja yang tidak kena pada pandangan orang luar. Saya tidak cakap pemakaian cara saya betul, tetapi doakan yang terbaik untuk saya.

“Sebelum ini, ada juga saya membaca komen dan tipulah kalau ia tidak memberi kesan kepada diri. Saya pun ada hati dan perasaan. Kadang-kadang, ada juga komen yang melampaui batas dan buat kita rasa geram.

“Tetapi, Itulah kita kena banyak bersabar. Saya faham, apa saja yang dikongsikan, baik atau buruk orang akan tetap berkata-kata. Namun, apa yang buruk, insya-Allah saya cuba perbetulkan untuk memperbaiki diri,” jelasnya.

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Muncul Gosip ‘Liar’ Berada Di Kelab Malam Bersama Lelaki, Ini Respons Azira Shafinaz 

ARTIKEL BERKAITAN: Azira Shafinaz Pernah Alami Slip Disc – “Saya Tetap Berhati-hati”

ARTIKEL BERKAITAN: Azira Shafinaz Akui Masih Single, Hanya Fokus Kepada Kerjaya

 

Sumber: Utusan

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 14 Feb 2024
Featured Thu, 5 Jan 2023

“Slowly But Surely” – Cantik Bertudung, Ramai Doakan Yuna Rahim Kekal Istiqamah

Perkongsian video pelakon jelita Yuna Rahim atau nama sebenarnya, Shafiqah Husna Abd Rahim yang mengenakan hijab meraih perhatian peminat. Memuat naik video tersebut di akaun TikTok, penampilan manis Yuna meraih pujian warganet. “Get ready with […]

Trending Thu, 22 Jul 2021
Hiburan Fri, 16 Aug 2019
Events Mon, 25 Feb 2019

Kenapa dengan persembahan beremosi Bradley Cooper dan Lady Gaga di Anugerah Oscars?

Persembahan hebat mereka  bukan sahaja menyentuh emosi tetamu malah turut mendapat standing ovation daripada tetamu yang hadir dalam dewan tersebut,  persembahan mereka kini trending di laman Twitter dan dibanjiri dengan pelbagai komen daripada netizen.

Hiburan Sat, 10 Sep 2022