Hiburan By: SGMS Fas August 16, 2019 @ 12:43pm

‘Saya Pakai Singlet Cuma…’- Dayana Roza

Gara-gara foto yang memperlihatkan bahu, pelakon Dayana Roza kembali menjadi sebutan netizen.

Baru-baru ini, pelakon jelita ini ada memuatnaik foto memperlihatkan dirinya sedang mempromosikan sabun keluaran Dermaganic di Instagram.

Sebilangan besar pengikut Dayana di Instagram menegur penampilan pelakon itu yang dianggap kurang manis untuk ditonton.

“Untuk pengetahuan semua, iklan itu dibuat untuk produk Dermaganic yang mengangkat tema ‘Less Is More’. Penyampaian gambar mahu lebih straight to the point. Ia merupakan iklan sabun untuk kulit yang mana iklan itu diinspirasi dari iklan antarabangsa.

“Jujurnya, saya tidak rasa ia begitu seksi pun. Saya masih berpakaian iaitu singlet cuma talinya dijatuhkan ke bawah. Memandangkan gambar itu diambil dalam ‘close shot’, netizen fikir saya tidak berbaju pula,” katanya ketika ditemui di majlis tayangan filem Kron di Ecurve, semalam.

Enggan memanjangkan isu ini, Dayana memohon maaf dan menghormati pandangan netizen terhadap gambar itu.

“Kalau boleh saya tidak mahu terus menjadi bahan perbualan seperti dulu. Mungkin saya sudah lali dengan gosip tetapi sepanjang tahun lalu, saya tenang tanpa sebarang kontroversi.

“Saya juga tiada niat mencetuskan kontroversi dengan memuatnaik gambar itu,” katanya yang akan lebih berhati-hati di masa akan datang.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

LIFESTYLE Mon, 25 Mar 2019

Escape the Haze in Malaysia at These 6 Locations with Best Air Quality

The haze is unfortunately back, but we can always make it as an excuse to travel.

Trending Wed, 15 Apr 2020
Hiburan Mon, 20 Nov 2017

Pertunjukan Fesyen Victoria’s Secret Di Shanghai, Neelofa Akan Ke Sana

Pelakon dan pengacara terkenal Neelofa diterbankan ke Shanghai, China untuk menyaksikan pertunjukan fesyen Victoria’s Secret Fashion Show

Hiburan Mon, 25 Nov 2019

Penyanyi K-Pop Goo Hara Ditemui Mati

Polis masih menyiasat punca kematian Goo.

Hiburan Mon, 4 Mar 2024
Hiburan Mon, 15 Apr 2019

Siapa ‘Madame X’ Dimaksudkan Madonna?

Penyanyi berusia 60 tahun ini memberi bayangan album ini mengangkat konsep kisah agen perisik yang memperjuangkan kebebasan.

Hiburan Thu, 2 Nov 2023

Stesen TV Tak Beri Bayaran Cecah Puluhan Ribu, Pendakwah Bebas Terkenal ‘Mati Akal’

Adoi, kerja dah buat tapi bayaran belum dapat.. Cecah sampai puluhan ribu tu 😰😰