Hiburan By: Fatin Nurain March 10, 2023 @ 1:02pm

“Zaman Back Up Anak Dah Tak Relevan” – Dianggap Hanya Memanjangkan Isu, Netizen Nasihatkan Ibu Shuib Tidak Masuk Campur

Selepas membuat pendedahan penglibatan anaknya bersama kumpulan Sepahtu, ibu kepada pelawak Shuib, Salamiah Jalani tampil mengundang rasa kurang senang dalam kalangan netizen.

Sebelum ini, Salamiah menyatakan anaknya berkecil hati kerana sering ditindas dan dijadikan bahan tawa sepanjang bekerjasama dengan Jep menerusi sebuah hantaran di Instagram.

Bahkan, Salamiah menyatakan dia menyokong keputusan Shuib untuk tidak terlibat lagi dengan program-program terbitan stesen televisyen berbayar tersebut.

“Sebagai ibu, saya menyokong tindakan anak saya untuk tidak lagi menyertai SRL ketika itu. Kerana itu lebih baik buat anak saya dari terus mereka ditindas dan diperlakukan seperti orang yang tidak bermaruah,” tulisnya.

ARTIKEL BERKAITAN: “Dia Dimaki & Dipijak Seperti Tiada Maruah!” – Berang Anak Ditindas, Ibu Shuib Dedah Perkara Sebenar

Biarpun niatnya hanya untuk membela nasib Shuib, perkongsian tersebut turut menerima kecaman dalam kalangan netizen kerana dianggap sengaja memanjangkan isu yang berlaku.

Malah, ada juga yang menyarankan agar ibu pelawak itu tidak masuk campur dengan kemelut yang berlaku dan membiarkan Shuib sendiri yang bersuara.

Terdahulu, Jep telah menjelaskan bahawa persahabatannya bersama Shuib masih kekal biarpun sudah tidak bekerjasama lagi.

ARTIKEL BERKAITAN: “Dia Antara Orang Yang…” – Persahabatan Masih Kekal, Jep Tetap Sayangkan Shuib

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 8 Oct 2019

Tom Holland Saved Spider-Man With a Phone Call

We don’t have any other choice but to stan!

Featured Mon, 1 Mar 2021

Lanjutan PKP 2.0 Bakal Diketahui Pada Hari…

PKP dilanjutkan atau tidak?

Trending Wed, 9 Oct 2019
Featured Sat, 24 Dec 2022
Trending Mon, 18 Apr 2022

“Saya Tidak Didatangi Oleh Sesiapa…” – Debat Najib & Anwar Tidak Ada Libatkan Kerajaan, Kata Menteri K-KOMM

Debat Najib dan Anwar yang dikatakan berlangsung pada 12 Mei tiada penglibatan daripada kerajaan.

Trending Sun, 10 May 2020
Events Thu, 18 Jan 2018

SUPER SHOW 7 IS COMING TO MALAYSIA, BUT WHEN?!

Super Junior promised Malaysian fans that they will come back here for their major concert, Super Show 7. There are already rumours running around about the concert!

Hiburan Tue, 19 Feb 2019

‘Saya Pantas Orangnya…’-Delilah Kadir Tolak Muzik Jiwang

Jarang sekali kita dengar wanita gemarkan muzik begini. Jom support single Anti Cinta nyanyian Delilah di Hot FM & Kool FM!

| Live TV