Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin May 24, 2023 @ 6:01pm

Didakwa Tak Bersiap Hadiri Majlis, Penampilan Isteri Haqiem Rusli Kena Kecam.. Ada Netizen Label Persis Kak KM

Isteri kepada penyanyi popular, Haqiem Rusli, Anis Sofea sekali lagi mencuri perhatian selepas dilantik sebagai duta produk kecantikan, baru-baru ini.

Namun, penampilan Anis yang hadir menggayakan rambut bersanggul pada pelancaran produk tersebut dikritik warganet.

Menerusi perkongsian video berdurasi 17 saat itu, Anis memakai gaun berwarna biru gelap dengan gaya rambut yang didakwa tidak sesuai oleh warganet.

Malah, ada netizen mendakwa Anis kelihatan sedikit selekeh.

“Bila tengah masak untuk suami tapi lupa nak pergi launching produk.

“Kenapa dia sepit rambut macma tu je.

“Haih, kenapalah tak pergi buat rambut elok-elok dulu dah macam bibik aku tengok.

“Bersiap lah untuk lebih kemas dan professional,” komen netizen.

@wannurhaiza Replying to @Mawar Nazlin💐🌹 ♬ original sound – Haiza

 

Menerusi hantaran yang berlainan pula, Anis tampil dengan gaya rambut sedikit berbeza dan membuat tarian lagu popular ‘Flower’ dari Jisoo Blackpink sambil mempromosikan produk di TikTok rasmi jenama berkenaan.

Bagaimanapun, ramai dalam kalangan netizen yang mengatakan wajah Anis persis usahawan kontroversi, Kak KM selepas menanggalkan hijabnya.

“Masa pakai tudung manis je macam Hanis Zalikha, bila free hair auto macam Kak KM.

“Pasaipa sebijik macam Kak KM ni?

“Bila berhijab lebih manis nampak.

“Ini Kak KM kuasa dua ni,” komen netizen.

@laurelbofficial Cantiknya our Malaysian Sweetheart @anis sofea 🥹❤️ Memati ingat Jisoo @blackpinkofficial tadi. So in love with her skin OMG! 😍 Anyway, khas buat 1000 orang terawal, jom redeem Mixberry by clicking the link in bio now 💃🏻 #fypシ #fypシ゚viral #foryoupage #mixberry #mixberrypowder #foryou #viral #trending #anissofea #anissofeaz #jisoo #blackpink #flowerchallenge #flower #jisooflower ♬ original sound – Laurel B

 

Setakat artikel ini ditulis, video tersebut telahpun menerima lebih satu juta tontonan dan menerima lebih 17,000 tanda suka.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 10 Mar 2025

Alami Klaustrofobia, Julia Farhana Imbau Pengalaman Ngeri Terperangkap Dalam Ruang Sempit – “Saya Tersekat Hampir 10 Minit”

Julia Farhana fikir hampir mati terperangkap dalam bonet kereta, tersangkut di bawah tanah

Trending Fri, 3 Aug 2018

云南16岁少女「天生3鼻孔」16年来只能靠嘴巴呼吸

呼吸,是每一分每一秒都在做的寻常动作,但对中国云南一位少女来说,她竟在16岁时,才靠鼻腔吸到第一口氧气。

FESYEN Wed, 11 Sep 2019
Trending Sun, 18 Oct 2020
Hiburan Tue, 3 Dec 2024

Bolos 15 Kategori, Nik Amir Tak Sangka Imaginur Dominasi Pencalonan FFM 33

Nik Amir Mustapha tak sangka Imaginur mendominasi pencalonan Festival Filem Malaysia ke-33.

Trending Mon, 8 Apr 2019
Hiburan Fri, 26 Jul 2019

Muatnaik Sebab Teruja, Neelofa Janji Tak Buat Lagi!

Neelofa akui tindakan itu dibuat kerana teruja dengan filem itu!

error: Content is protected !!