Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi March 10, 2025 @ 7:29pm

Alami Klaustrofobia, Julia Farhana Imbau Pengalaman Ngeri Terperangkap Dalam Ruang Sempit – “Saya Tersekat Hampir 10 Minit”

Pelakon Julia Farhana mendedahkan bahawa dia pernah mengalami serangan klaustrofobia buat pertama kali ketika menjalani penggambaran sebuah drama pada tahun 2020.

Ketika ditemui XTRA, Julia atau nama sebenarnya Julia Farhana Marin, 31, berkongsi pengalaman mencemaskan itu yang berlaku sewaktu dia perlu melakonkan adegan dalam bonet kereta yang tertutup, menyebabkan dia berasa sesak nafas dan mula panik.

“Saya masuk ke dalam bonet kereta ikut arahan direktor, tetapi bila mereka tutup bonet semuanya jadi gelap. Dalam bonet tu ada saya dengan seorang jurukamera. Saya mula rasa sukar bernafas dan beritahu dia. Masa nak buka bonet tu, tiba=tiba mereka cakap tak boleh.

“Waktu itulah saya mula panik. Saya fikir ‘adakah saya akan mati dalam bonet kereta ini?’, rupanya bonet kereta itu terkunci. Bila dah boleh keluar badan saya terus jadi lemah,” katanya.

Julia berkata demikian ketika ditemui di acara Fiziwoo Raya25 Collection Iftar Soireé di Bukit Setiawangsa, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Insiden serupa berlaku sekali lagi ketika dia melakonkan watak sebagai anggota JPAM, yang memerlukannya memasuki ruang bawah tanah yang sempit.

“Walaupun memakai topeng oksigen, saya tetap berasa tak selesa. Namun, saya cuba bertahan kerana enggan menolak permintaan pengarah. Sebaik saja saya terjun ke dalam lubang yang sempit itu, saya terus kena serangan panik.

“Saya cuba kawal pernafasan tetapi badan saya mula rasa lemah. Semua berusaha nak tarik saya keluar tapi pakaian keselamatan saya pula tak boleh dibuka. Saya tersekat hampir 10 minit sebelum mereka berjaya keluarkan saya,” dedahnya.

Meskipun mengalami detik mencabar, Julia tetap komited dengan tugasnya dan meneruskan penggambaran selepas menerima tunjuk ajar daripada anggota JPAM tentang cara menangani ketakutan.

“Sejak saya tahu ada klaustrofobia, saya terus rawat diri sendiri. Saya belajar psikologi, jadi saya tahu trauma ini sebenarnya berpunca dari minda kita sendiri,” ujarnya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 22 Dec 2017

Ada Yang Kata Fattah Amin Pelakon ‘Kayu’

Erma Fatima Nafi Fattah Amin Pelakon ‘Kayu’

Trending Thu, 7 Oct 2021

Akim & Stacy Tubuhkan Kumpulan DUNYA

Tidak dinafikan sepanjang tempoh hampir dua tahun negara dilanda pandemik Covid-19, industri hiburan tempatan terutama arena muzik sunyi. Tidak banyak perkembangan baharu dilihat. Enggan terus dibelenggu kesepian, penyanyi Akim Ahmad dan Stacy menerusi syarikat rakaman […]

Hiburan Sat, 17 Aug 2019

相隔10年李幸倪再推华语专辑!生日愿望:想拿金曲奖

相隔10年Gin李幸倪再推华语专辑《浮世绘》日前特返马出席宣传活动,并直呼今年的生日愿望是有机会夺得明年的《金曲奖》。

Hiburan Sat, 5 Jan 2019

Zamani Siap Sedia Masuk Studio Dengan Faizal Tahir

Lama tak dengar lagu baru dari penyanyi bersuara emas ini, tak sabarnya!

Hiburan Sun, 26 Nov 2023
Cahaya Mata Wed, 21 Dec 2022

“Macam Nampak Baby Bump” – Netizen Dakwa Isteri Sedang Hamil, Ini Jawapan Zaki Azeman

Pelakon Zaki Azeman tular di media sosial apabila dia dan isteri, Raa Suzuran melakukan trend tarian di TikTok. @zakiazeman94 Hi @AdamLee @Sweet Qismina ♬ 原聲 – ABCandE Menerusi hantaran yang dikongsikan oleh Zaki, dia dan […]

Hiburan Sun, 14 Jan 2018

Laudya Cynthia Bella Nafi Hamil?

Bella menafikan dakwaan yang dia sedang mengandung

error: Content is protected !!