Categories: Trending

Alamak…Ini Baru Betul-Betul ‘Roti Terbang’

Malaysia sememangnya mewah dengan aneka makanan. Dari makanan Melayu, Cina atau India, senang cerita…macam-macam ada!  

Namun untuk hidangan sarapan, roti canai antara makanan yang paling dicari-cari setiap pagi. Ditambah dengan kari dan dhal, fuh…gigit jari dik.

Ada di antara kita yang gemar ke kedai atau warung roti canai yang memiliki kreativiti paling ‘gempak’. Kononnya, sambil tunggu roti canai sampai boleh ‘layan’ cara penebar buat kerja.

Tetapi lain pula jadinya pada brother ni, aksinya sedang menebar roti mula viral apabila rotinya tersalah ‘landing’ di atas kepala pelanggan. Erk…sorry kak! 

Roti Canai Terbang

Mungkin dek angin roti terbang viral ini tersalah ‘landing’ di kepala salah seorang pelanggan di situ.
Apapun, akak berbaju biru tu betul-betul sporting. Nampak dia cool aaja walaupun insiden itu mungkin takkan boleh dia lupakan sampai bila-bila. Untuk brother penebar tu, lain kali hati-hati okay?
* Tiba-tiba admin rasa nak layan roti canai dekat warung ni pula. Nampak macam best jer.
SGMS Enal