Categories: Trending

Sabah Bukan Milik Malaysia, Hishamuddin Bidas Dakwaan Tak Masuk Akal

Menteri Luar, Datuk Seri Hishammuddin Hussein membidas dakwaan Setiausaha Luar Filipina, Teodoro Locsin Jr berhubung kenyataan kontroversinya mengenai Sabah baru-baru ini.

Tweet kontroversi boleh jejaskan hubungan Malaysia – Filipina

Menerusi ciapan Hishamuddin di laman twitter miliknya itu, beliau menyifatkan kenyataan yang dibuat oleh Locsin itu boleh menjejaskan hubungan dua hala kedua-dua negara.

Malah, Datuk Seri Hishammuddin juga mengarahkan Wisma Putra untuk memanggil Duta Filipina ke Malaysia, Charles C. Jose pada Isnin untuk memberi penjelasan mengenai isu tersebut.

Sabah is not in Malaysia

Isu kontroversi ini timbul selepas Locsin membuat ciapan di laman twitter miliknya berbunyi “Sabah is not in Malaysia if you want to have anything to do with the Philippines”.

Salma Syahbuddin