Categories: Trending

Sabah Terima 3 Juta ‘Mask’ Hari Ini Untuk Diedarkan!

Alhamdulillah, akhirnya penutup hidung dan mulut sampai!

Kerajaan Sabah hari ini menerima tiga juta penutup hidung dan mulut (mask) untuk diedarkan kepada semua isi rumah dinegeri itu.

Menurut, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Safar Untong berkata, sumbangan berkenaan adalah hasil pemberian kerajaan persekutuan melalui Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA).

Sumber : Google

“Pengagihan kepada semua isi rumah diselaraskan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) berdasarkan statistik terkini yang dibekalkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia

“Setiap isi rumah akan memperoleh empat penutup hidung dan mulut untuk kegunaan ahli keluarga yang mempunyai simptom seperti batuk, selsema dan demam,”

Sumber : Google

Memetik laporan Harian Metro, semua sumbangan berkenaan diterbangkan khas dari Kuala Lumpur menggunakan pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang tiba di Terminal Dua, Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) hari ini.

Untuk maklumat lanjut mengenai Covid-19, jangan lupa saksikan Buletin Utama pada jam 8 malam, di TV3.

Salma Syahbuddin