Categories: Trending

Sajat Kena Denda?

Usahawan kosmetik penuh kontroversi, Nur Sajat atau nama sebenarnya Muhammad Sajjad Kamaruzaman didenda RM2700 oleh Mahkamah Sesyen hari ini selepas mengaku  bersalah terhadap tiga pertuduhan gagal mengemukakan penyata Cukai Barang  dan Perkhidmatan  (GST) kepada Ketua Pengarah Kastam Malaysia.

Hakim Rofiah Mohamad memerintahkan penyanyi lagu Bobo Di Mana itu dipenjara selama 6 minggu sekiranya gagal membayar denda tersebut.

Sajat, 33 hadir ke Mahkamah pagi ini dengan memakai blouse berwarna merah, berseluar hitam dan berkasut tumit tinggi tampil membayar dendan tersebut.

Mengikut pertuduhan, Nur Sajat sebagai orang yang dikenakan cukai di bawah Akta GST 2014, telah gagal mengemukakan penyata terbabit dalam tempoh yang ditetapkan iaitu bagi tempoh bercukai bermula 1 April 2015 hingga 30 Jun 2015. Bermula 1 Oktober 2015 hingga 31 dan bermula 1 Disember 2016 sehingga 31 Mac 2016 seperti ditetapkan iaitu mengikut Seksyen 41(1) Akta GST 2014.

 

Sumber : Bernama 

Salma Syahbuddin