Trending By: Padin December 28, 2020 @ 5:28am

“Saya Kurang Sihat, Tak Cukup Tidur Jaga Anak Meragam” – Hampir Bertumbuk Dengan Tuah Adzmi, Tajul Akui Wujud Perselisihan Faham Ketika…

Penyanyi Tajul atau nama sebenarnya, Tajul Arif Noor Md Shari, 22, mengakui wujudnya perselisihan dengan penyanyi baru, Tuah Adzmi ketika proses rakaman single terbarunya berjudul Izinkan Aku.

Buat pertama kalinya, Tajul menyanyikan lagu ciptaan Tuah dan lagu cinta berentak balada itu turut mendapat sentuhan lirik dari Tajul sendiri, namun mereka dikatakan saling bertikam lidah dan hampir bertumbuk ketika berada di studio.

“Sebenarnya, saya tak nak sebut tentang hal ini sebab saya tak suka besar-besarkan perkara yang remeh. Tapi kalau dia masih nak bermasam muka itu hak dia. Sebab saya lebih suka bersikap professional.

“Ya, saya mengaku ada silap saya, tetapi bila dia tak nak faham keadaan saya waktu itu dan menuduh saya membuat rakaman sambil lewa, saya tak boleh terima.

“Kebetulan, saya memang kurang sihat dan tak cukup tidur kerana malam sebelum itu, anak saya meragam. Atas sebab itu, tumpuan dan suara saya agak kurang baik sewaktu rakaman itu berlangsung,” kata Tajul.

Penyanyi & komposer baru, Tuah Adzmi

Biarpun suasana menjadi panas, mereka dapat menyelesaikan sesi rakaman terbabit selepas berhenti rehat.

“Saya cuma minta dia faham keadaan saya dan minta tangguhkan sesi rakaman tetapi dia tetap mahu saya selesaikan rakaman vokal. Selepas dileraikan oleh pihak pengurusan, pertelingkahan kami terhenti di situ dan saya memohon maaf kepada Tuah.

“Saya amat menyesal dengan apa yang berlaku. Mungkin salah saya juga kerana tak dapat kawal emosi. Kita pun dah nak masuk tahun baru, tambahan pula saya kini suami orang dan bergelar bapa.

“Jadi, saya tidak mahu perkara negatif mengganggu hidup dan perjalanan kerjaya saya, apa yang saya lakukan kini hanyalah untuk isteri dan anak saya. Saya nak cari nafkah yang halal sebanyak mungkin demi mereka berdua,” kata Tajul lagi.

Lebih tiga tahun mendirikan rumah tangga bersama isteri tercinta, Nurul Shamieza, kehidupan Tajul kini bahagia dengan kehadiran anak sulungnya, Adriana Carisa yang berusia setahun.

“Alhamdulillah, saya bersyukur dengan kurniaan Allah. Apa yang saya harapkan, lagu baru saya ini mendapat respons positif peminat walaupun saya kini sudah bergelar bapa, moga sokongan peminat terhadap saya tidak berkurang.

“Terima kasih pada semua peminat saya yang selama ini menyokong saya, moga kalian terus menyokong bapa muda ini, agar saya dapat membuktikan kepada semua bahawa tidak salah berkahwin di usia muda asalkan suami rajin dan cekal bekerja demi keluarga dan anak,” katanya lagi.

Dengarkan single terbaru Tajuk, Izinkan Aku di semua platform penstriman digital dan di YouTube bermula 24 Disember 2020.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Tue, 24 Dec 2019

Netflix Released New TV Series ‘The Witcher’

Is this the new Game Of Thrones?

Featured Tue, 30 Jan 2024

“Saya Tak merajuk, Saya Dah Penat” – Hattan Nekad Bersara Dalam Bidang Nyanyian 

Respek Datuk! Moga sentiasa sihat dan terus menghiburkan ramai orang🫰

Hiburan Tue, 11 Jun 2024

Dina Nadzir Tak Setuju Segelintir Selebriti Guna Isu Kesihatan Mental Bagi Tujuan Lain 

Tak baik tau guna isu kesihatan mental semata nak promosi sesuatu benda

Featured Thu, 15 Dec 2022

Brunch With Women Talk Berbicara Hal Memperkasakan Wanita

Brunch With Women Talk perkasa hal wanita!

Hiburan Fri, 24 May 2024
Featured Tue, 7 Sep 2021
Trending Mon, 14 Jun 2021

Akui Terjejas Kerana Pandemik, Siti Nordiana Bersyukur Ada Punca Pendapatan Lain

Terkesan dek kerana pandemik Covid-19, penyanyi Siti Nordiana mengakui pendapatannya dalam bidang muzik merosot sebanyak 60 peratus. Wanita yang mesra disapa dengan nama Nana ini mendedahkan perkara terbabit berlaku sejak persembahan secara terbuka tidak boleh […]