Categories: Trending

“Saya Sebenarnya Dah Lama Tak Makan Nasi Vanggey…” – Tengku Zafrul Nafi Beli ‘Nasi Ganja’ Guna Helikopter

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz menafikan bahawa beliau telah menggunakan helikopter untuk membeli nasi ganja Ipoh.

Menerusi hantaran di laman Facebook miliknya, beliau memaklumkan bahawa terdapat segelintir pihak yang tidak bertanggungjawab telah menyalahgunakan gambar lama beliau yang diambil sekitar Disember 2020.

Malah, individu terbabit juga mengatakan beliau telah memesan ‘nasi ganja’ yang popular di Ipoh itu dengan menggunakan helikopter seperti yang tular sekarang ini.

“Lucu bila terima forwarded WhatsApp message kononnya saya order nasi ganja Ipoh guna helikopter”

“Mereka guna gambar lama saya makan nasi vanggey pada Disember 2020, tapi crop tarikh”

“Saya sebenarnya dah lama tak makan nasi vanggey, tapi dari order guna helikopter, baik guna delivery service yang banyak ada macam Nasi Kandaq Transporter, Nasi Kandaq Runner etc, boleh juga bantu usahawan kecil” katanya.

Beliau turut memberitahu, adalah lebih baik sekiranya beliau menggunakan perkhidmatan penghantaran seperti Nasi Kandaq Transporter dan Nasi Kandaq Runner bagi membantu usahawan-usahawan kecil sedia ada.

Terdahulu, tular di media sosial mengenai pemesanan 36 bungkus nasi ganja menggunakan helikopter di Padang Ipoh semalam termasuklah melanggar prosedur operasi standard (SOP) larangan merentas daerah serta negeri.

 

Salma Syahbuddin