Categories: Trending

Tutup Sampai Bahagian Buku Lali, Seragam Skuad Gimnas Jerman Curi Tumpuan

Semalam rata-rata rakyat seluruh dunia tertumpu untuk menyaksikan upacara pembukaan Sukan Olimpik Tokyo yang penuh gemilang walaupun hanya disaksikan secara virtual.

Hari ini, lain pula ceritanya apabila penampilan skuad gimnas dari Jerman mencuri tumpuan kerana tampil dengan pakaian berbeza.

Tidak lagi menggunakan pakaian tradisi sukan gimnastik, skuad gimnas wanita Jerman turun dengan menyarung  seragam yang menutup hingga ke bahagian buku lali, namun dicipta dengan keselesaan serta tidak menghalang sebarang pergerakan ketika melakukan rutin.

 

Jangan terkejut? Kerana, Persekutuan Gimnastik Jerman (DTB) pada April lalu menyifatkan ia sebagai langkah ‘menentang subjek seksual’ dalam sukan gimnastik.

Menurutnya, seragam itu adalah untuk mempersembahkan segi estetik iaitu tanpa rasa tidak selesa. Malah, pakai seragam penuh ini  juga telah menerima sambutan positif dalam Kejuaraan Eropah di Basle.

Terdahulu, atlet gimnas negara Farah Ann Abdul Hadi pernah dikecam teruk selepas pakaiannya menjadi bahan perdebatan dalam kalangan netizen ketika beraksi dalam acara gimnastik pada Sukan SEA ke-28 lalu.

Namun, ramai pihak yang tampil mempertahankan beliau kerana Farah Ann beraksi dalam acara tersebut demi negara dan sekaligus menyumbangkan pingat emas dalam acara gimnastik pada Sukan SEA tersebut.

Salma Syahbuddin