Categories: Trending

“Rileks Guys, Saya Okay Je…”- Selepas Pendedahan Ebit Lew, Nadir Pula Tampil Beri Jawapan

Selepas pendedahan pendakwah bebas, Ustaz Ebit Lew semalam mengenai tohmahan dan fitnah yang dilontarkan kepadanya oleh Caprice dan Nadir Al Nuri kini, Ketua Pegawai Eksekutif Cinta Gaza Malaysia itu memuat naik gambar berserta kapsyen yang seolah-olah menjawab persoalan yang ditujukan kepadanya.

Menerusi hantaran yang dimuat naik menerusi instastory miliknya itu, Nadir memberitahu bahawa, semua kerja pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mempunyai rekod jadi, sudah pasti tiada masalah untuk berkongsi maklumat sekiranya ia diperlukan untuk berbuat demikian.

“Rilek guys (bertenang), Saya ok je. Kita kerja NGO ni semua ada hitam putih tak ada problem lah”

“Cuma sehari dua ni nak kena settle projek (selesaikan projek) yang ni dulu,” katanya ringkas bersertakan gambar seorang lelaki di samping daging tergantung dipercayai sedang melakukan ibadah korban di Gaza, Palestin.

Bagaimanapun, Nadir dilihat tidak menamakan individu tertentu namun ia dilihat seolah-olah menjawab soalan yang diajukan oleh UEL.

Terdahulu, UEL meminta Nadir atau nama sebenarnya, Muhammad Nadir Al-Nuri agar mengemukakan bukti dan bagaimana duit sumbangan rakyat Malaysia diagihkan kepada penduduk di Palestin.

 

ARTIKEL BERKAITAN : Ebit Lew Akhirnya ‘Buka Mulut’ Isu Fitnah Melampau Caprice & Nadir Al Nuri

ARTIKEL BERKAITAN : Caprice Tampil Mohon Maaf – “Apa Yang Berlaku Adalah Kesilapan Saya”

ARTIKEL BERKAITAN : “Ada Beberapa Individu Hanya Fikir Kepentingan Peribadi… Jaguh Handal Dalam Social Media”- TMJ

Salma Syahbuddin