Categories: Trending

Media Prima Prihatin, Sedia Vaksin Buat Kru Penggambaran Drama TV3 & TV9

Sejak keputusan kerajaan memberi kebenaran bagi aktiviti penggambaran di luar studio telah memberi sinar baharu kepada beberapa produksi drama TV3 dan TV9 yang terhenti penggambarannya.

Namun, syarat penting untuk menyambung penggambaran adalah mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ketat pada Fasa Dua Pelan Pemulihan Negara (PPN) dan dikawal selia dengan ketat oleh Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS).

Menurut Dato’ Cdan Primeworks Studios, beliau bersyukur apabila rayuan karyawan seni akhirnya didengari.

“Alhamdulillah kerana rayuan kami dan juga rakan seperjuangan dalam bidang seni telah termakbul.”

“Untuk keselamatan semua, penggambaran drama tersebut akan dikawal selia oleh FINAS dengan mematuhi SOP ketat yang disediakan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN). Paling penting setiap tenaga produksi terlibat perlu mendapatkan dua dos suntikan vaksin Covid-19, menjalani saringan kesihatan sebelum, semasa dan selepas tamat penggambaran.” katanya.

Tambahnya, pematuhan SOP ini adalah penting terutamanya dalam mencapai herd immunity dan mampu mengurangkan kadar jangkitan Covid-19.

Salma Syahbuddin