“Kenapa Kaitkan Nama Orang Yang Tak Terlibat..”- Neelofa Persoal Tindakan Caprice Kaitkan Nama Rakan Artis Lain

Isu antara pendakwah bebas, Ebit Lew dan penyanyi rap, Caprice masih belum menemui jalan penyelesaian.

Umum maklum ketika sidang media Ebit Lew dilakukan secara live, Ebit Lew telah menjawab pelbagai persoalan dan fitnah yang dilontarkan kepadanya termasuk dakwaan pendakwah itu membawa ‘lari’ proposal misi kemanusiaan yang sepatutnya disertai oleh beberapa selebriti dan pihak tertentu.

Tidak ketinggalan untuk mengikuti sesi live tersebut adalah selebriti dan usahawan Neelofa, malah komen yang ditanggalkan Neelofa di ruangan komen telah mencetuskan tanda tanya ramai pihak.

Menurut Neelofa, beliau tidak memahami kenapa Caprice perlu memetik nama ibunya dan namanya dalam isu tersebut.

Kata Neelofa lagi, ibunya juga tiada kaitan dengan cerita Caprice dan Ebit Lew. Malah,  Neelofa  akan menghubungi Caprice dan bertanyakan mengapa nama orang lain dikaitkan dalam masalah tersebut.

Terdahulu, Caprice turut memetik nama pasangan pendakwah adik beradik Heliza Helmi dan Hazwani Helmi yang didakwa turut menerima tawaran untuk melakukan misi kemanusiaan di Gaza bersama-sama.

Attiqah Mohd

""Above all, she is the girl who 'feels' things, who has hung on to the freshness and pain of adolescence, the girl ever wounded, ever young.”