Penerima Vaksin Dibenarkan Rakam Video Di Pusat Vaksin

Berikutan terdapat pelbagai isu yang timbul mengenai petugas yang melakukan suntikan atau vaksin kosong terhadap penerima vaksin, Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) Khairy Jamaluddin berkata, kerajaan membenarkan penerima vaksin mengambil video suntikan mereka, manakala jururawat juga perlu menunjukkan picagari.

Terdahulu, seorang individu membuat laporan polis mendakwa disuntik menggunakan picagari kosong oleh petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) selepas menonton semula video yang dirakamnya semasa proses vaksinasi.

Individu terbabit turut mendakwa petugas KKM terbabit memarahinya kerana membuat rakaman dan minta memadam video itu selepas memberi suntikan sekali lagi.

Pada Khamis, Ahli Parlimen Lembah Pantai, Fahmi Fadzil pula berharap orang ramai dibenarkan merakam gambar atau video ketika menerima suntikan vaksin Covid-19 susulan beberapa dakwaan berkaitan kandungan vaksin yang diberikan tidak cukup dos malah ada juga yang mendakwa disuntik dengan picagari kosong.

Sumber: Sinar Harian

Attiqah Mohd

""Above all, she is the girl who 'feels' things, who has hung on to the freshness and pain of adolescence, the girl ever wounded, ever young.”