Categories: Trending

‘Sebelum Tulis Pakai Otak’, Lelaki Kena ‘Sekolah’ Netizen Lepas Kecam Wira Bomba

Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata? Memang kena kecam dibuatnya!

Susulan kematian enam anggota bomba dalam operasi menyelamat semalam, pemilik akaun Facebook Syahrom Caom telah memuat naik sebuah status yang menyebabkan ribuan netizen menganggap individu ini tidak sensitif langsung. 

“Apa la bodoh sangat nak cari seorang 6 mati. Kalu tak cukup ilmu jangan jadi penyelamat,” tulisnya yang dimuat naik di Facebook miliknya.

Walaubagaimanapun, selepas dikecam teruk oleh netizen, lelaki ini memohon maaf atas kenyataan berbaur hinaan itu.

“Saya meminta maaf atas kelakuan saya sebelum ni saya memohon kepada netizen semua agar berhenti mengecam kami sekeluarga saya sedar saya dah buat kesalahan sebesar ni sebegini..

“Semua berhak memberi peluang kedua ..saya pon rasa bersalah sangat ni Insya Allah lepas ni saya akan berhati-hati ketika komen.”

Sebelum itu, dia turut memohon maaf kepada rakyat Malaysia yang terhiris dengan komen yang dimuatnaik di Facebooknya.

“Kepada semua rakyat Malaysia…sy Syahrom Caom mohon maaf atas kenyataan yg telah sy keluarkan yg mungkin tidak menyenangkan hati semua pihak….”

Dalam kejadian semalam, enam anggota bomba terbabit lemas dalam tragedi di lombong Taman Putra Perdana, Puchong selepas terbelit tali akibat arus deras, yang datang tiba-tiba.

Mereka yang terkorban adalah Mohd Fatah Hashim, 34, Izatul Akma Wan Ibrahim, 32, Mazlan Omarbaki, 25, Yahya Ali, 24, Adnan Othman, 33, dan Muhammad Hifdzul Malik Shaari, 25.

SGMS Faida