Categories: Trending

“Sebenarnya, Saya Dengan Dia…” – Intan Najuwa Perjelas Status Hubungan Cinta

Pelakon Intan Najuwa, 24, enggan mengulas lanjut mengenai hubungan cintanya dengan ahli perniagaan, Razrul Anwar Rusli, 40.

Jelas Intan, dia selesa menyimpan sendiri hal peribadi berbanding menghebahkannya kepada umum.

“Sebenarnya, saya dengan dia masih baik. Itu sahaja yang boleh saya katakan. Untuk mengulas lanjut mengenai status hubungan kami, saya tak mahu komen.

“Saya akui banyak belajar dari apa yang terjadi dahulu, jadi oleh sebab itu, saya mahu menyimpan sendiri apa yang terjadi dalam hubungan saya.

“Ada banyak hati yang perlu saya jaga, hati keluarga saya serta pihak di sebelah sana juga. Jadi, ada baiknya saya berdiam dan ‘just go with the flow’.

“Saya mohon semua orang faham sebab mengapa saya mahu menyimpan sendiri. Apa yang saya mohon adalah doa yang baik-baik dari semua pihak,” katanya kepada Xtra.

Sebelum ini, Intan pernah bertunang dengan Razrul pada 18 Ogos 2019 tetapi hubungan mereka putus sekitar Februari 2020.

Namun, Intan kembali memuat naik foto mesra bersama Razrul pada Jun 2020 dan semenjak itu, pelakon genit ini tidak pernah menjelaskan status hubungannya dengan lelaki berkenaan.

Intan ditemui di set penggambaran Tak Sempurna Mencintaimu terbitan Zeel Production yang bakal menghiasi slot Akasia di TV3 tidak lama lagi.

Diarahkan oleh Emi Suffian, Intan memegang watak sebagai Siratul dalam karya adaptasi novel berjudul sama nukilan Rehan Makhtar.

“Menerusi drama bersiri ini, saya mengubah sedikit watak Siratul. Dalam novel, Siratul digambarkan sebagai seorang wanita yang ‘soft spoken’ dan ‘mellow’.

“Namun begitu, saya menambah perisa dengan menjadikan Siratul seorang wanita yang lebih ‘firm’ untuk mencantikkan visual,” katanya.

Padin