Categories: Trending

Sejak Lukisan Ombak Tular, Wanita Muda Ini Terima Banyak Tempahan

Sekali pandang, memang macam real ombak yang dilukis oleh wanita muda ini. Dan, kerana kehalusan karya sentuhan Nornasha Shafiqa Anuar, 21, juga berjaya mencuri tumpuan netizen selepas karyanya dimuat naik di Twitter pada Ahad.

Mengangkat tema kedamaian laut dalam dan ombak, lukisan gadis mesra disapa Nasha itu menarik minat pengguna Twitter untuk membeli lukisan-lukisan yang dihasilkannya.

Foto: Nasha Anuar Instagram

Kata Nasha, dia menerima banyak permintaan daripada pengguna media sosial sejak posting tersebut tular.

“Lebih 50 orang yang hantar DM (pesanan terus) dan tanya tentang lukisan tu kerana berminat nak beli. Setakat ini, saya sudah jual tiga daripada sembilan lukisan ombak dan laut dalam,” katanya.

Harga bagi setiap lukisan adalah bergantung kepada saiz, bahan-bahan yang digunakan dan masa yang diluangkan untuk menyiapkannya.

Foto: Nasha Anuar Instagram

Setakat ini, bebenang yang dimuat naik oleh Nornasha Shafiqa di Twitter itu menerima 12,289 tanda suka (likes) dan 9,331 ulang kicau (retweets).

Tambah lulusan Diploma Animasi 3D dari Akademi KRU itu, dia menghasilkan karya dengan tema tersebut kerana keinginan untuk bersiar-siar di kawasan pantai.

Jelasnya, lukisan-lukisan tersebut dinamakan ‘bawa aku ke pantai’ selepas mendapat inspirasi daripada lagu dendangan Bil Musa yang berjudul The Beach.

Sumber: mStar

Yanie Baharom