Categories: Eat TravelFeatured

Anda Ada Roti Lama? Jom Buat Pudding Roti Pisang Coklat Yang Sangat Lazat Ini!

Kadang-kadang kita terlalu sibuk sampai ada makanan yang kita beli tapi tak sempat nak habiskan. Tengok-tengok, nak dekat dah tarikh luputnya.

Bagi penulis, makanan yang selalu terlibat dalam kes ini adalah roti putih. Tapi tak apa! Walaupun dia dah melepasi tarikh luputnya, roti boleh dimakan lagi. 

Tapi kalau anda ada roti lebih yang dah mengeras, jangan buang, ya! Ia masih boleh diguna pakai dan dimakan.

Kalau makan dengan mentega atau peanut butter mungkin tak sedap. Oleh itu, anda boleh jadikannya sebagai pudding roti.

Jika anda ingin tingkatkan lagi rasanya, cuba masukkan elemen pisang dan coklat. Kedua-duanya memang sedap, jadi hasil masakan anda nanti gerenti lagi power.

Di bawah ini ada resipi untuk pudding roti bersama pisang dan coklat. Jom cuba!

Bahan-bahan

  • 6-7 keping roti (yang lama)
  • 4 biji pisang masak
  • 3 biji telur
  • 1 cawan susu
  • 1 sudu kecil serbuk kayu manis
  • 2 sudu kecil ekstrak vanila
  • 1 cawan cip coklat

Cara penyediaan

  1. Potong roti menjadi kiub kecil. Letakkan di atas loyang dan bakar selama 5 minit di suhu 175°C untuk keringkannya.
  2. Di dalam mangkuk besar, letakkan pisang yang telah dibuang kulitnya dan penyek sampai hancur. Masukkan telur, susu, serbuk kayu manis dan vanila dan kacau.
  3. Setelah ia sebati, masukkan roti dan rendam selama 5 ke 10 minit sebelum memasukkan cip coklat.
  4. Kacau hingga sekata dan masukkan ke dalam loyang muffin besar. Bakar selama 20 minit di suhu 175°C. Siap!

Anda boleh makan dengan ais krim kegemaran anda atau whipped krim. Lepas itu tuang sirap coklat. Woooh, manis dan sedap tanpa gula tambahan!

Selamat mencuba!

Sumber: Tasty

Ad Ops