Susah Bernafas, Pian Cecupak Dikejarkan Ke HKL

Pelawak Pian Cecupak dilaporkan berada di Hospital Kuala Lumpur selepas mengalami kesukaran bernafas.

Berita tersebut disampaikan oleh anak Pian, Ainaa Rafique menerusi laman sosial Facebook miliknya.

“Assalamualaikum, mintak jasa baik kepada semua kawan kawan abah, doakan keadaan abah sekarang Rafik Rahman Dia Pian. Abah ada kat wad kecemasan HKL. #prayforpiancecupak,” tulis Ainaa di laman Facebooknya.

Pian yang berusia 46 tahun dikejarkan ke hospital tengah malam semalam.

Ainaa juga memberitahu dia berada di Singapura atas urusan kerja ketika mendapat tahu berita tersebut.

“Maaf semua saya baru nak balik ke Kuala Lumpur untuk lihat keadaan abah. Tolong semua jangan buat andaian masing-masing. Kami sekeluarga dan adik beradik abah ada bersama abah.

“Tolong faham keadaan kami yang masih belum boleh bagi kata putus apa-apa. Terima kasih, Assalammualaikum,” tulis Ainaa.

Sebelum ini, Pian pernah mendirikan rumah tangga dan dikurniakan dua cahaya mata perempuan sebelum bercerai pada tahun 2000.

Menerusi laporan Harian Metro, Pian dikatakan masih belum sedar dan sedang menerima rawatan rapi di HKL. Sama-sama kita doakan ya. Insya Allah…

SGMS Faida